fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Dec-2009 16:02 Email | Share | | Bookmark
nak hidupkan kembali fotopages ni...

assalamualaikum....

hampir setahun berlalu...kali terakhir fotopages saya ini diupdate...
hari ini saya ingin mula kembali...

jika 2 tahun lepas...fotopages saya begitu meriah dengan gambar2 diari kehidupan saya...
tapi kini...sepi tanpa pengunjung.

setelah memiliki komputer sendiri...saya bertekad ingin menghidupkan kembali.
doakan agar saya dapat istiqomah selalu...

selamat belajar buat rakan semua..
bye2 wassalam


macam ni lah rupa screen komputer aku...


Wednesday, 18-Feb-2009 15:38 Email | Share | | Bookmark
Siri 2...Le Tour de SINAI.

 
 
siri 2...

kami tiba di DAHAB lebih kurang jam 2 petang.Alhamdulillah,kami semua dah kembali segar dan bertenaga.nak buat macam mana,sepanjang perjalanan,kami tak celik pun mata.pejam rapat hingga sampai di Octopus Divers Resort,memang rehat habis la maknanya.

Dahab ni lebih kurang Pulau Perhentian la kalau di Malaysia.terkenal dengan batu karang yang indah.hidupan marin bermacam jenis.cantik sungguh bila melihatnya.jadi,snorkeling dan scuba diving menjadi aktiviti utama pelancong ke Dahab.

kami bermukim di Dahab selama sehari semalam.ana dan ahli bait menyusun rancangan dengan sebaiknya.sebelum siang melabuhkan tirai,kami mengambil peluang bersiar-siar di sekitar pinggir pantai dan lorong-lorong gerai cenderamata.terkejut bila terpandang botol-botol arak bergelimpangan di atas pasir pantai.kedai arak berada di mana-mana.aduh!!!.

petang tu,ana sempat membeli sedikit cenderamata kenang-kenangan sempena kunjungan ana ke Dahab.sweter dan sandal menjadi pilihan.tapi yang nak marahnya,kena tipuuu!!!

bila malam menjelma,kami bersetuju untuk merasai makanan Seafood di sini.kami bergerak menuju Ali Baba's Restoran.suasana restoran amat menarik.bersih dan selesa.dua tiga kelompok mat saleh kelihatan.arab-arab tempatan pun ada.layanan mesra oleh pekerja restoren ini memuaskan.

makanan sampai di meja selepas beberapa lama membuat 'order'.terkejut dengan persembahan hidangan.meletop abes!!.setiap pinggan ada lilin.kreatif betul la arab ni.kami,dengan tanpa berlegah terus menjamah hidangan masing-masing.malam tu,ana makan 'Pasta Seafood'.sungguh menyelerakan.ana orang yang paling terakhir menghabiskan makanan.macam biasalah...hehehe

keesokan pagi,kami berempat bersiap-siap untuk aktiviti snorkeling.ana sangat 'ghairah' menunggu
detik ini.maklumlah,pertama kali dalam hidup nak snorkeling.teruja!.

selepas beberapa proses awal dilalui.kami terus bergerak ke tempat snorkeling.tempatnya pinggir pantai sahaja.tapi,kena naik chevrolet sebab venue beberapa kilometer jaraknya dari Resort.

tanpa membuang masa,kami semua turun ke laut.ana terus jatuh cinta dengan keindahan panorama habitat batu karang.beberapa ekor ikan kecil berenang-renang anak kelihatan.bila dihulur tangan,terus tersipu-sipu malu dan bersembunyi di sebalik batu karang.landak laut juga ada.rumpai laut tumbuh meliar.ikan yang ganjil dan bercorak menarik pada badannya begitu banyak. bermacam-macam spesis dapat dikesan.

sungguh kagum dengan ciptaan Allah SWT...

ana naik ke pinggir pantai selepas hampir sejam berendam dalam air masin.masih rasa tak puas.tapi terpaksa,sebab dah abes masa.dah nak balik ke Mansurah.

kembali terus ke resort dan berkemas untuk bertolak pulang.

dalam perjalanan pulang.rombongan singgah di Kubu Salahuddin.kemudian ke bandar TOBA.salah satu pintu masuk utama ke Israel melalui Mesir.di situ,kita dapat lihat bendera negara Israel berkibar-kibar di tanah umat islam yang dicuri.bandar sebelah israel ialah EILAT.kawan-kawan boleh 'search' internet untuk tahu lebih lanjut tentang bandar ini.



di DAHAB...


di Resort di DAHAB...


nak pergi snorkelling..


aniq...mencuba peralatan snorkelling...


mencuba seafood di DAHAB...


Saturday, 14-Feb-2009 14:39 Email | Share | | Bookmark
Le Tour de SINAI bersama ahli bait...SIRI 1

satu lekukan betul-betul di atas kepala ana...lihat betul-betul.
 
d Makam Nabi Salleh a.s
View all 13 photos...
assalamualaikum semua...

Dua minggu 'winter break' tahun ni amat menarik dan begitu bermakna sekali buat ana dan seluruh ahli bait.
mana tidaknya,kami semua menghabiskan masa dengan melancong ke SINAI dan DAHAB.
pengalaman melancong selama tiga hari empat malam begitu mengujakan.
InsyaAllah,kenangan manis bersama-sama ahli bait akan terpahat diminda ana buat selamanya...

Kami berempat...(ana,aniq,ikhwan dan shamell) mengikuti rombongan anjuran DPMM dan PCM.
dua buah bas diperlukan untuk mengangkut 100 peserta termasuk ajk.
yang menariknya,rombongan kali ini disertai 2 ikon popular tanah air.iaitu Ustaz Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al-Quran musim pertama) dan Ustaz Bazli UNIC. Ustaz Abdullah Fahmi sebenarnya masih dalam tempoh 'honeymoon' bersama isteri tersayang.sungguh beruntung ana.hehehe

Perjalanan bermula 2 feb lalu.bertolak dari mansurah pukul 12 tengah malam.perjalanan memakan masa selama tujuh jam..kami singgah solat subuh di SUEZ,sebelum meneruskan perjalanan ke timur mesir dengan merentasi TERUSAN SUEZ melalui TEROWONG AS-SHAHID SHEIKH AHMAD HAMIDI. Terowong ini sebenarnya terletak dibawah paras laut.

TERUSAN SUEZ pula merupakan antara terusan yang paling sibuk sekali di dunia kerana menjadi laluan utama kapal perdagangan dari timur dan barat..destinasi pertama kami adalah di BEKAS KUBU PENINGGALAN ISRAEL.masih banyak artifak-artifak tinggalan askar israel Laknatullah sewaktu berperang dengan negara Mesir yang masih dapat ditonton.termasuk satu paste ubat gigi!! hoho.

Selepas itu,kami bergerak ke UYUN MUSA.di sini,kami dapat melihat beberapa telaga yang dipercayai ada kaitan dengan NABI MUSA a.s.Dipercayai kesemua 12 buah telaga adalah mewakili 12 kaum yang mengikut ajaran NABI MUSA a.s..namun sehingga kini hanya beberapa telaga sahaja yang masih dapat dilihat..yang lain semuanya hanya tenggelam menjadi lipatan sejarah...

Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke SINAI.dalam perjalanan tersebut,pihak urusetia membuat dua persinggahan.persinggahan pertama di HAMMAM FIRAUN ('tandas firaun').di sini terdapat satu gua batu yang mengeluarkan hawa panas.macam kolam air panas kat malaysia.tapi di sini ada wap.bila kita masuk dalam gua tu,kiranya macam kita masuk dalam OVEN la.ala2 sauna tp lebih panas dan berwap!!heheheh...ana tak melepaskan peluang merasai kehangatan haba dalam gua tersebut.rasa insaf menyelubungi diri.gelap gulita bercampur panas seluruh badan.teringat akan HARI PEMBALASAN!!!.

persinggahan kedua...kami berhenti makan tengahari di WADI FEIRAN.makan tengahari berlaukkan ikan bakar.sllrrppppp....

lebih kurang waktu asar,kami tiba di bandar SINAI.terkejut dengan kebersihan bandar SINAI.boleh mengalahkan bandar MANSURAH.huhuhu.maklumlah tempat pelancongan,jadi ada penjagaan sikit oleh pihak berkuasa tempatan.

tanpa melengahkan masa,kami yang belum hilang letih dilambung bas,dikerah memanjat batu-batu bukit.urusetia memberitahu,kami akan menuju ke WADI ARBA'IEN dan MATA AIR 12. Mata air 12 ni adalah sebuah batu besar yang mempunyai 12 lekukan kecil..diriwayatkan bahawa lekukan2 kecil itu adalah mukjizat baginda yang mana dari setiapnya keluar 12 mata air untuk 12 kaum NABI MUSA a.s.


Firman ALLAH S.W.T dari AL-QURAN yang bermaksud "and (remember) when Moses asked for water for his people,WE said: "Strike the stone with your stick." Then gushed forth therefrom twelve springs. Each (group of) people knew its own place for water. "Eat and drink of that which ALLAH has provided and do not act corruptly,making mischief on the earth." (SURAH AL-BAQARAH;60)

selepas mengunjungi dua tempat terbabit.kami pulang menuju tempat penginapan sementara.
Fox Camp menjadi pilihan pihak urusetia.kami dibenarkan berehat selama beberapa jam sebelum dikejutkan kembali jam 11 malam.kami dihidangkan makan malam sebagai pengalas perut.tenaga perlu dijanakan kepada badan kami agar dapat menawan puncak SINAI pada tengah malam nanti.

lebih kurang jam 1 pagi.langkah pertama pendakian menuju puncak SINAI bermula.kami bermula dengan penuh semangat.masing-masing melangkah gagah.tiada sebarang keluhan.aniq,shamell dan ikhwan begitu bersedia menawan sinai malam itu.

setelah beberapa jam pendakian.tenaga dalaman makin berkurangan.banyak batu-batu besar menjadi sasaran untuk kami melabuhkan papan punggung.lorong-lorong berbatu makin sempit dan sukar.sudut kecuraman gunung bertambah.bateri makin low!!!.Ikhwan mengambil keputusan bijak,menyewa belakang UNTA!.duit melayang sudah tidak difikirkan lagi.yang penting,kami tiba dipuncak SINAI.

Di puncak,kelihatan semua peserta agak terseksa.nampak dari setiap riak wajah mereka,merah padam,bibir merekah kekeringan menjadi aksesori tambahan.getaran badan makin tinggi frekuensinya berfungsi untuk mengurangkan rasa sejuk.angin bertiup kencang melengkapkan lagi penderitaan.

fajar menyinsing,solat subuh berjemaah didirikan.usai solat,peserta dapat menikmati keindahan matahari terbit dari ufuk timur.sangat indah dan terpesona.setiap saat amat berharga pada ketika itu.pergerakan matahari jelas dan pantas dirasai.kami diam seribu bahasa...SubhanaAllah.

dan Alhadulillah, disitu juga kami sempat berdoa di tempat bermunajat Nabi Musa a.s..bentuknya kecil,berpetak dan mempunyai binaan seperti petunjuk qiblat dan terletak dibawah bangunan masjid,ala-ala underground,tapi still di puncak gunung.. ceritanya, disini,baginda telah bermunajat terus kepada ALLAH S.W.T dan di dalam AL-QURAN sendiri ALLAH berfirman, DIA menyuruh Nabi Musa membuka sepatu beliau jika ingin turun bermunajat di tempat itu, kerana tempat itu adalah tempat yang SUCI..
(lebih kurang la ayat dia sebab ana sendiri pun tak ingin kat Surah apa..ada pembaca yang ingat??)

sekitar setengah jam berikutnya.kami mula menyusun langkah menuruni gunung SINAI.jalan turun lebih mengerikan.kiri kanan dihiasi curang yang teramat dalam.langkah-langkah kaki disusun penuh cermat.

dalam perjalanan,kami menempuhi perkampungan kaum nabi Ilyas.beberapa minit masa diperuntukkan untuk bergambar kenang-kenangan.senyuman di bibir makin tawar.rasa penat merajai setiap peserta.
namun dalam penat,kami tetap juga berhenti untuk menziarahi makam NABI ALLAH HARUN a.s dan bergambar kenang-kenangan di "Batu Besar Lembu Samiri"..bagi kami,setiap detik adalah amat bermakna,tidak mungkin kami akan sia-siakannya..

menjelang tengahhari,kami bertolak menuju ke DAHAB.tempat pelancongan tepi pantai menanti ketibaan rombongan kami.semua tertidur nyenyak dalam perjalanan.sunyi sepi bas dibuatnya
.

p/s:terima kasih kepada Dr Aniq kerana membantu ana menjadi editor dalam proses ENTRY kali ini.banyak kesalahan tulisan ana diperbetulkan.
nantikan Le Tour de Sinai SIRI 2...hehehe


Peta Suez dan Semenanjung Sinai


shamel,bern,ustaz ibnu,ustaz bazli,ikhwan dan aniq...


sekadar brgambar dengan barang-barang tingggalan tentera Israell..hehehe


dalam parit yang dibina tentera israell...


inilah rupanya UYUN MUSA kawan-kawan...


panasnya..HAMMAM FIRA'UN...


bendera Malaysia di HAMMAM FIR'AUN


berlatar belakang WADI ARBA'IN...


di puncak gunung SINAI...


gereja di atas puncak Tursina...


tempat munajat Nabi Musa a.s... harap2 doa kami dimakbulkan..huhuhu..


Friday, 6-Feb-2009 06:09 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Sunday, 1-Feb-2009 19:09 Email | Share | | Bookmark
malam ni...ana nak ke SINAI!!

Assalamualaikum kawan2...

Hanya beberapa jam dari sekarang,ana bersama rombongan 2 buah bas akan bertolak ke Gunung Sinai...

Sebuah bas dari pelajar Universiti Mansurah...sebuah lagi dari pelajar lelaki Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.Agak bermakna rombongan kali ini kerana kami dapat bergabung tenaga menganjurkan satu program yang memberikan banyak kesan positif kepada semua pihak...

ana ditugaskan mengepalai chef2 dari pihak pelajar perubatan.kiranya jadi tukang masak le kali ni.

harap,semua doakan kepada kami...semoga selamat pergi dan kembali.

p/s:selamat bercuti kepada semua pelajar xkira dimana jua berada...kami di sini 'winter break' selama 2 minggu...

kk..bye2




[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net