fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-Aug-2008 08:06 Email | Share | | Bookmark
siri 2

 
 
 
View all 5 photos...

Ke SIWA

Misi lawatan hari kedua diteruskan lagi.kali ini,peserta rombongan turun awal pagi lagi menuju ke satu daerah di pelusuk dalaman.Kalau di dalam peta,tempat ini terletak di tengah2 daratan.maksud saya tak seperti MATRUH yang berada di pinggir laut.Tempat yang kami tuju hari ini ialah SIWA.sebuah penempatan di pedalaman.dihuni oleh orang2 badwi dan orang2 kampung arab.kami mengambil masa lebih kurang 4 jam sebelum sampai ke SIWA ni.

Dalam perjalanan ke SIWA ni...kiri kanan jalan adalah padang pasir yang luas.saujana mata memandang.tak ade sebarang hidupan pun.walaupun sepohon pokok rumput.ini menandakan ketandusan tempat tersebut.tapi disesetengah tempat ada juga la terserempak dengan beberapa ekor unta liar yang berkeliaran mencari makanan...tapi tempat tersebut ada la sedikit rumput rampai.

sungguh besar kekuasaan Allah SWT.



JABAL MAUTA

Destinasi pertama kami ialah menuju ke Jabal Mauta.Maksud Jabal Mauta dalam bahasa ibunda kita ialah,Bukit Kematian...begitulah lebih kurangnya...dinamakan sedemikian rupa kerana,seluruh bukit itu dipenuhi kubur2.
Menurut sejarah yang tertulis,orang dulu2 menjadikan bukit ini sebagai kubur untuk menyemadikan mayat keluarga mereka.Habis satu bukit mereka gunakan untuk tujuan tersebut.Dan sekarang ini,hanya tinggal cebisan2 tulang temulang yang masih tertinggal.Penduduk sekitar sudah tidak menggunakan bukit itu lagi untuk dijadikan kubur2 keluarga mereka.



Ma'bad

Tempat penyembahan orang2 mesir purba.Kami kurang mendapat maklumat tentang sejarah tempat ini.Pihak urusetia pun tidak mengwarwarkan sangat tentang kehebatan seni bina bangunan ini.Mungkin ini bagi mengelakkan ahli rombongan berasa kagum dengan ciptaan orang2 kafir Mesir kuno.Cuma yang kami ketahui,tempat ini dijadikan tempat beribadah serta sebagai tempat perlindungan daripada musuh.


KOLAM CLEOPATRA

Kolam ini amat terkenal dengan keindahan dan kejernihan airnya.ini menjadi tempat kunjungan wajib bagi sesiapa yang bertandang ke siwa.Kolam Cleopatra ini terletak agak berjauhan dari Pekan Lama siwa.Bas yang kami naiki terpaksa meredah ladang kurma untuk sampai ke sini.Hanya Peserta rombongan yang pandai berenang sahaja dibenarkan turun,yang tak pandai ditegah sama sekali...ini kerana,kedalaman kolam ini mencecah 5 Meter.amat bahaya untuk makhluk2 macam ana ni...hehehe

Papan tanda...


Inilah kolam yang dimaksudkan...


Pekan Lama Siwa

Sebelum bertolak pulang ke Matruh,kami diberi peluang oleh pihak urusetia untuk membeli belah dan bersiar-siar di Pekan Lama ini.Masa diperuntukkan agak lama,berjam2 untuk menyelongkar seluruh bandar ini.Untuk pengetahuan semua,semua bangunan di bandar ini dikekalkan dengan struktur lama.ada yang masih berdindingkan tanah liat!!!.sungguh menarik...
sudah semua selesai,kami bertolak pulang ke Matruh dan singgah sebentar di Pasar Libya.



Pasar Libya

Pasar Libya atau nama panggilan bagi kami ialah 'suuk Libya'.nama sedemikian rupa diberikan kerana Pasar tersebut katanya berhampiran dengan sempadan negara Libya.Mungkin berdekatan disini bermaksud 30 atau 40 km lagi dari sana.Itu tak penting ana kira,yang pentingnya...membeli-belah disini amat menyeronokkan,barang-barang yang dipamerkan bermacam2 jenis.Selain itu,harga juga amat berpatutan.



Hari Terakhir

Menjelang pagi hari terakhir kami di Matruh,kami dikejutkan dengan berita yang amat kurang menyenangkan...bilik urusetia kami dimasuki pencuri!!...banyak kerugian dilaporkan.Wang projek untuk lawatan kali ini lesap sekelip mata.Wang yang bernilai ribuan ringgit!!...turut kehilangan ialah 3 buah handset milik AJK program...menurut mangsa,kejadian berlaku selepas subuh,2 remaja arab memecah masuk rumah tumpangan mereka melalui balkoni.nasib baik pencuri tersebut tidak melarikan lebih banyak harta benda dek kerana Pengarah Program tersedar dari tidur dan terus menghalau dan mengejar 2 remaja arab tersebut.
tapi...semua terlambat dan mungkin takdir,kami tidak dapat menghalang niat jahat 2 pencuri tersebut.mereka terlepas dari kami!!...tapi dengan Allah swt,mereka tidak sekali2 terlepas pandang!!!..kita semua kena ingat akan hakikat ini.



Bertolak Pulang

Kami pulang ke Cairo jam 12 tengahari.Pulang dengan sedikit perasaan duka atas apa yang berlaku pada pagi hari tersebut.tambah2 dengan keletihan yang menyelubungi diri setiap ahli rombongan.


Terima kasih

Di sini,ana mewakili semua ahli rombongan lain mengucapkan ribuan terima kasih pada urusetia program kerana bertungkus lumus memberikan khidmat yang terbaik untuk kami.Sesungguhnya kami berpuas hati dengan Jaulah kali ini.Banyak pengalaman yang kami dapat cedok.Ahamdulillah...semoga Jaulah kali ini memeberikan seribu kenangan manis buat semua ahli rombongan...





Friday, 8-Aug-2008 07:57 Email | Share | | Bookmark
Jaulah ke Matruh dan Siwa...

Pada 14 hingga 16 Julai yang lalu...
ana berkesempatan melawat sekitar2 Mesir ni...

Setelah perancangan dibuat...
ana bersetuju memilih KPKM sebagai TRAVEL AGENCY kami.
setelah bayaran dibuat...
ana membuat sedikit persediaan diri...
bersedia dari segi keperluan material dan maklumat...
ana melayari internet bagi mengenali dengan lebih rapat dan jelas tentang tempat yang ana akan jejaki...
dari segi kedudukan pada peta hinggalah pada sejarah asal kewujudannya.


Bertolak

Lebih kurang jam 1.30 pagi pada 14 Julai 2008.kami semua ahli rombongan mula bertolak dari RKB(RUMAH KELANTAN BARU) di Hayyu Sabie',Kaherah ke arah BARAT mesir dengan menggunakan sebuah bas.

Peserta rombongan kali ini ialah 46 0rang...yang menariknya pada rombongan kali ni,peserta rombongan terdiri daripada 80% pelajar perubatan.Di situ telah nampak percampuran yang positif antara pelajar medic dan pelajar kuliah agama.tak ada jurang lagi.heheheheh

sedikit maklumat diberikan oleh Saudara PENGARAH program sementalah bas menggerakkan tayarnya.PENGARAH kali ini ialah USTAZ KAMAL.taklimat ringkas diberikan berserta sedikit ucapan dari Ketua Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan iaitu USTAZ JAMAL.sebenarnya,lawatan ini berada di bawah kelolaan Lajnah ini...dibawah unit REHLAH.


SAMPAI

kira2 jam 8.00 pagi keesokan harinya,kami sampai ke destinasi dengan selamat.tiba di MOTEL di bandar MARSA MATRUH.untuk pengetahuan semua,bandar MARSA MATRUH adalah ibu negeri MATRUH.sekitar jam 9.00 pagi kami mula CHECK IN di tempat penginapan kami.kami diberi tempoh masa beberapa jam untuk merehatkan badan setelah keletihan menguasai diri setiap peserta rombongan.


PENGISIAN PERTAMA

Usai solat Zohor dan makan tengahari.peserta rombongan dikerahkan berkumpul dan menaiki bas untuk ke DESTINASI PEANCONGAN PERTAMA kami.Kami bergerak menuju ke Pantai Cleopatra,ke Pantai Agibaah dan ke Suk Libya.


PERSISIR PANTAI YANG MEMUKAU

Pantai Cleopatra.
setibanya kami di Pantai Cleopatra.perasan kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT menyelubungi diri.terkejut dan tak sangka dengan kebiruan air laut yang amat2 menarik dan menenangkan mana2 mata yang memandang.keputihan ombak yang memukul batuan di pinggiran pantai.buih2 kecil timbul dan tenggelam.AMAT MENGASYIKKAN!!!.setiap peserta begitu teruja dan terpukau dengan keindahan pantai ini.Masing2 tidak mahu melepaskan peluang keemasan merakamkan detik2 waktu berada di tempat indah sebigini.masing2 kelihatan dengan telatah tersendiri bergaya di hadapan kamera.termasuk ana sendiri.hehehehe...
Nama Pantai Cleopatra ini di ambil kerana wujudnya Haammam Cleopatra di satu sudut di tepi pantai tersebut.Haammam Cleopatra ini sebenarnya diubahsuai khas untuk dijadikan tempat bersiram Ratu Cleopatra.Diukir daripada satu batu gergasi.ditebuk lubang dibahagian sisi bawahnya,bagi membenarkan laluan air laut masuk ke Haammam tersebut.sungguh unik dan menarik binaannya.

Pantai Ageebaa.
Setelah terpesona dengan Pantai Cleopatra.Semua peserta rombongan dihidangi pulak dengan keajaiban Pantai Ageebaa.Pantai Ageebaa ini terletak tidak berjauhan dengan Pantai Cleopatra.tetapi mengambil masa hampir setengah jam jugak la dari Pantai Cleopatra.Asal nama pantai ini adalah dari perkataan arab yang bermaksud ajaib.dan memang tepat pantai tersebut dinamakan sedemikian kerana memang keindahannya "mengajaibkan".teramat indah!.kata ustaz yang menjadi pemandu pelancong kami,kalau diperhatikan secara teliti...warna air laut sekitar pantai ini berlainan dan mencukupi 7 warna.bukan 7 warna seperti warna pelangi,tetapi kebiruan air laut tu
ada 7 macam...contohnya;kat satu sudut tu nampak macam biru langit,kat sudut lain lak macam biru kehijauan.


SUUK LIBYA

Dalam perjalanan balik ke MOTEL.Rombongan singgah di Suuk Libya.Di sini,peserta rombongan disajikan pula dengan barangan yang bermacam2 jenis dan murah2.barangannya jauh lebih murah dari Mansurah dan Kaherah.bagi sesiapa yang bijak dalam proses tawar-menawar ni,ini satu bonus pada mereka.dah la harga barangan murah,bila pandai 'mengayat' tuan kedai tu...jatuh lagi harganya...untung2.
suuk ini di panggil Suuk Libya kerana keadaan Geografinya yang berkedudukan hampir dengan sempadan Negara Libya.ada juga barangan datang dari Libya.tak kurang juga pekerja2 dalam kedai tersebut...ada setengahnya rakyat Libya...loghat bahasa pun,kata pemandu pelancong kami...ada bezanya!!...tapi kami tak sedar pun!!hehehhe




Saturday, 2-Aug-2008 02:38 Email | Share | | Bookmark
Menziarahi Saudara Asyraf dan Saudara Suhaimi di rumah baru mrk

 
 
 
View all 4 photos...


Friday, 25-Jul-2008 15:09 Email | Share | | Bookmark
sekitar gambar2 jaulah ke Matruh dan Siwa...

 
jabal mauta
 
View all 12 photos...


Tuesday, 22-Jul-2008 15:07 Email | Share | | Bookmark
kesibukan melanda....

salam...

Sekarang ana di KAHERAH...
melayan tugas2 yang telah diamanahkan semasa SPEKTERUM II '08 ni...

mungkin akan balik ke MANSOURA dalam 2,3 hari lagi...
lepas tu bersiap2 nak balik Malaysia pula...

nanti bila ada kelapangan ana akan berusaha menceritakan segala yang berlaku dalam kehidupan ana dalam beberapa minggu kebelakangan ni...

sampai disini dulu...
wassalam...


p/s:untuk penerangan lanjut tentang apa itu SPEKTRUM II '08...sila klik ini.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net