fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Jul-2008 13:57 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah....

Bismillah...

Salam sejahtera buat semua...
terima kasih kerana bersabar...lama betul tak update blog ana ni...

Buat pengetahuan semua...
result peperiksaan final exam untuk tahun 1 Medic Mansoura dah keluar...

Syukur pada Allah SWT

Setinggi ucapan syukur kehadrat ilahi atas segala nikmatnya...
ALHAMDULILLAH...ana lulus untuk semua mata pelajaran...
lebih kurang 12 peratus daripada pelajar melayu Tahun 1 Medic Mansourah ni yang lulus semua mata pelajaran...
Ana kira betul2 beruntung.

SYUKUR pada Allah atas segalanya...
Untuk kertas Physiology...kertas yang paling mencabar...ana rasa ini adalah nikmat daripada Allah yang terbesar....
ini kerana...beberapa hari sebelum peperiksaan tu,musibah menimpa keluarga ana di Kampung.
Ana study dalam linangan AIR MATA.
PASRAH dengan ketentuannya.
TERINGAT dengan keluarga di kampung yang berada dalam KESUSAHAN.

tapi...dengan berkat dari semua...doa dari keluarga di kampung.
semua mata pelajaran ana lepas...

TERIMA KASIH yang tak terhingga buat rakan2 seperjuangan yang memberi sokongan dan semangat kepada ana.rasanya tanpa kalian,ana rasa tak buleh result macam ni.terutamanya buat ahli bait yang betul2 banyak memberi semangat...Anieq,Bakar dan Shamell.Tak lupa buat rakan2 Senior,rakan2 satu Batch dan Ustaz2 tersayang...

Balik malaysia

Setelah berbincang dengan keluarga di kampung...Ayahbonda dan Abg2.
Akhirnya...ana membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia...
menghabiskan sisa2 cuti yang masih berbaki bersama keluarga tersayang.
Selain membantu Ayahbonda MEMBINA HIDUP BARU semula.

Mudah2han kembalinya ana ke pangkuan keluarga...sedikit sebanyak meringankan beban Ayahbonda dalam melakukan tugas2 harian.

Sampai disini dulu...
wat hari ini..sekian wassalam.


Sunday, 13-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bercuti sambil menghayati keindahan alam ciptaan tuhan...

 
 
Bismillah.

Salam sejahtera semua...

Sekadar pemberitahuan...
Ana akan menghabiskan masa selama beberapa hari berkunjung ke MATRUH dan SIWA.
dua tempat yang amat menarik untuk dilawati pada musim panas ni...
dua daerah atau kawasan yang berkedudukan amat jauh dari penempatan orang2 mesir biasa...
maksud penempatan biasa disini ialah,di pinggiran sungai Nil...

Doa dan harapan ana dambakan agar lawatan ini memberi seribu makna...
membawa seribu kenangan selain mengagumi dan memuji kehebatan Allah Taala mencipta alam semula jadi yang lengkap sempurna.

Selepas ini,ana cuba membuat sedikit liputan tentang lawatan ini...harap kalian semua bersabar.

untuk lebih pengetahuan tentang tempat2 menarik di seluruh Mesir...anda semua boleh klik laman ini...

kkk,sampai di sini dulu...
wassalam

InsyaAllah...akan sampai disini.


InsyaAllah...akan sampai disini.


InsyaAllah...akan sampai disini.




Thursday, 10-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
berkunjung ke rumah baru Abu Bakar...

dapur...
bergembira...
rapi dan kemas
View all 6 photos...
Salam...

Malam kelmarin...ana bersama kawan2 sempat berkunjung ke rumah Saudara Abu Bakar ni...
Wat pengetahuan semua...Abu Bakar dah berpindah ke rumah baru...
dah tak bersama kami lagi...
sedih2...

Tapi...tak ape
walaupun berjauhan...tapi sentiasa dekaaaaaaaat di hatiiiiii....
mdah2han lepas ni kita saling merindui antara satu sama lain...
saling ziarah menziarahi...lawat melawati merapatkan tali persahabatan...

kkk..sampai di sini dulu...
kepada semua,sila layan gambar umah dan bilik bakar di bawah...

wassalam.

Ramai2 bergembira


Katil Bakar


Meja Study Bakar


Almari pakaian Bkar


Tersusun rapi


Teman tidur bakar...


Thursday, 10-Jul-2008 03:41 Email | Share | | Bookmark
Kahwen oh kahwen!!

Ustaz Norhalif berseri2...
mase kat BaitNuha...
Ustaz Khairi dan Ustaz Norhalif...
View all 11 photos...
Salam sejahtera...

Tanggal 5 Julai lalu,ana berkesempatan menghadiri majlis walimatulurus 3 orang ustaz2 kite.

Pasangan bahagia

pasangan yang dimaksudkan ialah:
1)Ustaz Norhalif dan Ustazah Norzurai
2)Ustaz Shahru Ramadhan dan Ustazah Jamilah
3)Ustaz Khairi dan Ustazah Shakirah

Majlis bertempat di rumah kelantan baru (RKB).Majlis diadakan dengan penuh meriah tapi dalam keadaan kesederhanaan.tetamu yang dijemput antara 500 hingga 600 orang.

Gotong-royong

Semua kerja2 dilakukan secara bergotong royong.kerja2 persediaan bahan2 mentah dimulakan sejurus selepas solat isyak hinggalah kepada waktu Zohor keesokan harinya.tetapi kemuncak gotong royong ialah pada malam tersebut hingga tengah malam.kemudian tugas2 memasak diserahkan kepada chef2 yang dilantik khas.

Sebanyak 50 kilo daging lembu yang diimport dari BRAZIL.kerja2 pemotongan daging dilakukan beramai2.secara berjamaah semuanya menjadi senang.ana mengambil tugas sebagai pemotong daging.setelah selesai proses pemotongan daging.ana berpindah pula kepada proses blander bawang.ana menarik diri daripada melakukan kerja2 tersebut setelah penat serta letih.mase tu lebih kurang jam 1 pagi.ana bergerak ke rumah Abe Nan untuk merebahkan badan dan mengumpul tenaga untuk bertugas keesokan harinya.

Majlis Pembatalan Air Sembahyang

Pagi keesokan harinya,semua rakan terdekat pasangan mempelai bertumpu ke BaitNuha.di situ,mengikut perancangan,akan dilangsungkan sedikit majlis ringkas sebagai tanda simbolik terikatnya tali perkahwinan antara pasangan mempelai.

Kalau ustaz Khairi dah dilakukan akad perkawinan sehari sebelum tu.Sama juga dengan Ustaz Shahru Ramadhan,yang mana secara mudahnya diakad di dewan tok kenali beberapa hari sebelumnya.Manakala Ustaz Norhalif akad perkahwinan dilangsung oleh ibu bapa masing2 di malaysia sana.

Dalam majlis tersebut,Ustaz Hafiz Mahmud menjadi pemudah cara.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari Ustaz Azim.Kemudian ucapan dari wakil BaitMuslim disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Asri Mat Daud.Kalam2 Ustaz Asri diamati sekhusyuk2nya oleh para tetamu...semamangnya Ustaz Asri ni banyak ilmu dan amat petah berkata2...ana baru mengenalinya lebih dekat.Seterusnya majlis memberi peluang kepada hadirin untuk memberi ucapan.Saudara Izzat kamal mewakili pelajar Medic Mansoura.

Selesai semua acara...kami makan beramai2...tapi sebelum makan tu,ada bacaan doa selamat oleh yang berbahagia Ustaz Asri bagi memberkati pasangan mempelai.

Bergambar bersama mempelai dijadikan acara yang amat meriah.masing2 tak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Semua orang bergilir2 menanti peluang merakamkan kenangan manis bersama raja sehari.

Sebelum bersurai,mempelai dipersilakan masuk ke ruang dapur ana kira untuk sesi pembatalan Air Sembahyang...

Jamuan

Usai solat Zohor,Jamuan makan dimulakan di RKB.tetamu yang dijemput dan kenalan rapat mula melimpahi ruang makan di tempat yang dikhaskan.ramai yang hadir pada saat kemuncak ni...mengisi perut sambil bersua muka mengucapkan TAHNIAH kepada semua raja sehari yang menjadi penyambut tetamu di tepian pagar.Ada tetamu yang datang bersama2 hadiah tanda ingatan.

Jamuan makan beransur menjelang waktu Asar.tetamu dah makin kurang,yang tinggal 2,3 orang sahaja.Petugas2 mulai bersiap untuk menutup gerai lagipun lauk pauk yang tersedia dah makin terhad.Tapi semua selesai dengan jayanya.Semua yang hadir tidak pulang dengan perut kosong ana kira pada hari tersebut.

Basuh Periuk Belanga

Selesai semuanya,hanya tinggal bekas2 yang telah digunakan atau periuk2 yang digunakan untuk memasak.Ana turut serta mengambil bahagian cuci mencuci ni.berkat semangat kerjasama semua Ustaz2,kerja pembersihan ini menjadi cepat dan mudah.tak lebih 3 jam semuanya selesai.Alhamdulillah...

Sebelum ana mengundur diri,mari semua kita renung2kan firman Allah di bawah...

Quote:
Perempun yang keji untuk laki2 yang keji,dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji(pula).Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula).Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang.Mereka memperoleh ampunan dan reseki yang mulia (syurga).
-An-Nur,ayat 26.


Akhir kata ana nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Semoga Berbahagia kepada semua pasangan pengantin baru...semoga kebahagian menjadi milik anda hingga ke Akhir Hayat....

wassalam

Kad jemputan kahwen..


Pasangan raja sehari...


Bertugas


Bertugas&Bergaya


Bersama Ustaz Shahru ramadhan dan Ust Norhalif...


Abe Nan yang kuhormati...


Wednesday, 9-Jul-2008 18:04 Email | Share | | Bookmark
FAMILY DAY-kenangan terindah

Saudara Nabil yang kusegani...
Saudara Izzat kebanggaanku...
bola tampar time...
Assalamualaikum semua....

Setelah lama tidak update blog...
hari ni ana akan cuba untuk menyambung semula hobi ana ni...

Selepas Exam

Alhamdulillah...
tanggal 2 Julai,maka berakhirlah peperiksaaan akhir tahun satu bagi pelajar medic tahun 1 MEDIC MANSOURA...
merana sungguh 2 bulan lebih macam ni...
dek kerana semua pelajar pada masa tu dah bebas dari mana2 belenggu peperiksaan...
PCM menganjurkan 'FAMILY DAY' bagi meraikan tamatnya saat genting ni...

Family day

Diadakan pada 3 Julai 2008...
bertempat di Nadi Gamaa'ah (Fakulti Sukan Universiti Mansoura)...
Bermula dari lepas solat asar sampai jam 12 malam...
Kemudian sambung lagi pagi keesokan harinya dan berakhir hingga tengahari...
banyak acara disusun khas bagi menarik semua penyertaan dari semua golongan...
Antara acara sukan yang disusun ialah...FUTSAL,BOLA TAMPAR,SNOOKER DAN MERENTAS DESA.

Ukhuwah

Tidak dinafikan,aktiviti seperti ini banyak memberi impak positif kepada semua pelajar...
Antara yang dititik beratkan ialah...berkenaan UKHUWAH...
hampir 90% daripada pelajar lelaki MEDIC MANSOURA berjaya diturunkan...hampir semua jugaklah yang hadir...
dengan penyertaan yang ramai ni...dapat merapatkan jurang perhubungan antara pelajar2...yang jauh dirapatkan...yang rapat lagi dirapatkan...yang tak kenal berkenalan...yang malu segan di didekati...kesimpulannya,ukhuwah antara kami menjadi semakin rapat dan padu.

Meriah

Apa yang ana nampak...program ini memang berjaya...tidak perlu diungkit2 mana yang kurang...yang penting,matlamat program ini berjaya...
ana sendiri mengakui...agak gembira bila suasana macam ni wujud...abang2 mendekati adik2...adik2 bergurau senda dengan abang2...tiada lagi malu dan segan...
masing2 gembira dan bersorak girang sambil bermain dan bertempik2kan menyokong pasukan masing2...
nampak di situ...antara kita semua memang ada CHEMISTRY...

Terima Kasih

Ucapan terima kasih tak terhingga ana ucapkan kepada abang2 senior yang bertungkus lumus untuk mengatur dan menyusun program ini...menyumbang tenaga dan harta semata2 untuk memastikan program ini berjalan lancar...
bila ingat pengorbanan senior2 ni...rasa terharu menyelubungi diri...nak menitis air mata pun ada...tak tahu nak ungkap...hanya ucapan TERIMA KASIH SAHAJA yang mampu diluahkan.banyak betulkan jasa budi mereka...kepada semua kawan2ku seperjuangan mari kita sama2 menyedari hakikat ini.

sampai di sini sahaja dulu wat kali...
semoga semua terhibur...

Solat Maghrib beramai2...


Bergambar bersama2 jejaka rebutan ramai puteri...


Saudara Izzat Menjadi pengadil


saat paling gembira


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net