fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Jan-2009 16:10 Email | Share | | Bookmark
Mesir dan pemimpinnya...

Mak Cik ni yang tabah...
penduduk palestin beli bekalan bahan api dari Mesir...
pihak AMAL MALAYSIA ketika terkandas di sempadan Rafah...
View all 5 photos...
Salam sejahtera buat teman2 semua....

ana sekarang tengah pereksa...tapi semangat untuk membantu sahabat2 di Palestin sana tetap berkobar2.
ana berharap sedikit pendedahan yang ringkas dan ringan ini dapat menyedarkan ramai kawan2 semua.
ana lebih suka dan terpanggil untuk berkongsi berita tentang hal ehwal negara Mesir bilamana jiran2 negara sebelah menderita.

mudah2han,sedikit maklumat ini dapat membantu kita memahami siapa itu muslim sejati...siapa itu munafik sejati...dan tak lupa juga siapa itu musyrikin sejati.
tujuannya untuk dijadikan batu sempadan buat kita semua...
jangan jadi seperti mereka yang tak betul fikrahnya...


Di Mesir sekarang...HM dah berasa bangga jiwa raga atas keberanian dan kesungguhannya berjaya menjemput pembesar2 dunia untuk ke Sharm El-Sheikh Summit.Sekarang dunia dah nampak yang Mesir ni betul2 berusaha menolong rakannya di Palestin.

Hakikatnya...ramai rakyat mereka menderita ekoran membangkang tindakan HM dan menyatakan hasrat sokongan tak berbelah bagi pada HAMAS.

Dan..hingga hari ini,sudah 721 orang rakyat Mesir berjaya dipenjara oleh pihak berkuasa sejak siri serangan Israell terhadap Gazaa...mereka ini,bukan buat salah apa pun...cuma adakan sedikit demontrasi jalanan sebagai tanda :
1)belas kasihan terhadap rakyat Palestin,
2)membantah keras kekejaman Zionis dan
3)menyatakan rasa tak puas hati sebab HM menutup sempadan Rafah...


Di Cairo,seramai 89 orang telah diberkas polis...di Gharbeya kedua paling ramai 87 orang...di tempat ana,Daqhaleya pula seramai 53 orang...dan lain2 tempat lagi.wilayah yang paling sedikit tangkapan dibuat adalah di Matrouh,seramai 9 orang.dan jumlah kesemua insan tak bersalah ini iaitu seramai 721 orang dipenjarakan di seluruh negara Mesir...penjara Natron Valley menempatkan paling ramai tahanan iaitu seramai 246 orang..

Tengok kawan2 semua...sedar atau tidak,apakah yang dah dilakukan oleh pemimpin mesir apabila saudara seislam sendiri yang bangkit untuk membela nasib saudara2nya...
siapakah mereka??...apakah jenis golongan ini...???
kawan2 boleh pilih antara 3 golongan yang telah ana nyatakan di atas...


Untuk pengetahuan semua...bukan rakyat mesir sahaja yang terkena nasib ini...orang Malaysia pun kena tempiasnya!!!...Maksud ana,pihak AMAL MALAYSIA.

bantuan yang dihulurkan rakyat MALAYSIA tertangguh di sempadan Rafah selama 5 hari.Mujurlah petugas2 AMAL MALAYSIA tersebut sabar dan tabah menangani karenah pihak berkuasa Mesir yang menyekat mana2 bantuan kemanusiaan untuk ke Gazaa.menurut maklumat terbaru,hasil penat lelah mereka menunggu kebenaran untuk ke Gazaa,akhirnya baru semalam (22.1.09) mereka dapat menembusi tembok sempadan tersebut.

semua karenah2 yang terpaksa dilalui oleh semua petugas bantuan kemanusiaan untuk ke Gazaa adalah angkara pihak berkuasa MESIR yang tidak bertanggungjawab.

Lebih memilukan hati,mana2 penduduk Gazaa yang datang ke Mesir untuk mendapatkan rawatan di hospital...mereka telah diugut oleh pihak berkuasa supaya mendedahkan rahsia2 tersembunyi berkenaan HAMAS...sungguh tak terfikir akalku!!!.sampai begitu sekali.

Maka itu,mari semua kawan2,kita sama2 merenung sejenak...memikirkan apakah antara gelaran yang patut dinobatkan pada pemimpin2 kerajaan Mesir.

Selain itu,jangan lupa kita juga harus mendoakan agar mereka mendapat hidayah Allah SWT untuk kembali membantu sahabat2 seislam yang lain.

sampai di sini dulu...
semoga jumpa lagi...
wassalam



orang palestin nak rempuh polis mesir masa kat sempadan rafah...


HAMAS robohkan tembok pemisah antara MESIR dan PALESTIN...


tengok!!...bila tembok runtuh.


berduyun2 orang Gazaa dapat ke MESIR...ALHAMDULILLAH


solat jenazah untuk pejuang2 HAMAS yang dah syahid...mereka dah ke Syurga!!


Tuesday, 20-Jan-2009 04:32 Email | Share | | Bookmark
makan malam di luar bersama ahli bait...(19.1.09)

tengah khusyuk mendengar penerangan waiter...
Ikhwan bergaya ngn udang Rimauuu...
hidangan Shamell...
View all 12 photos...
assalamualaikum....

semalam,ana bersama ahli2 bait keluar malam...
pergi salah satu restoran seafood di *Siikaah...
nama restoren tu Fawakeeh al-bahr...
menggunakan Om-Kalsoom sebagai duta...
Om-Kalsoom adalah penyanyi terkenal kat Mesir ni...
Jadi,restoren ni macam Saloma Bistro kat Malaysia la...

selayaknya,semalam adalah malam yang paling gembira buat kami semua...
masing2 kenyang perut dengan hidangan2 yang lazat lagi menyelerakan...
puas hati dengan layanan mesra waiter...
siap tolong bukak lagi kulit ketam untuk kami...
wow..amat memuaskan hati!!

Lepas ni,mana2 kawan kat luar sana yang mahu ke sana...
dialu-alukan...kalau tak tahu kat mana,leh jemput ana....
pas tu,hadiah penunjuk jalan ialah 'Kena Belanja'..

p/s:
ingat lagi,aniq ada bukak majlis masa makan tu...nak bincang pasal hal ehwal umah kami..
tapi,bila makanan sampai,sume lupe...sibuk ngan makanan...jadi balik umah malam tu...tanpa tangguh majlis.

- * =Sikkah ni,adalah tempat beli belah utama di Mansurah,Mesir.ada banyak pasar2 kecil di celah2 lorong.



Pilih2...jangan tak pilih.


ngan semua ahli2 Bait...dari kiri Ikhwan,Aniq,Shamell dan ana.


Mullet Fish...Alexendria Style(cara masak)...sedap!!


Aniq bergaya..sungguh cute!!



Monday, 19-Jan-2009 08:16 Email | Share | | Bookmark
inilah Hosni Mubarak,Prezz Mesir (14 Oktober 1981-hingga kini)

Assalamualaikum semua...

agar semua sejahtera...
kali ni,ana nak paparkan realiti gambar HM(nama singkatan Hosni Mobarak)...
wat pengetahuan semua,HM ni dah tadbir Mesir sejak dari 1981 lagi...
Ya Allah...lama betul!!

dan sepanjang itulah...dan sebelum itu lagi...masa pemerintahan Anwar Sadat...
mana2 rakyat Mesir yang cuba nak menegakkan kebenaran akan dipenjara,diseksa malahan dibunuh..
seperti yang terjadi pada *Pak Cik Hassan dan Syed Qutb...
jadi,apa yang terjadi sekarang di Mesir ni,tak pelik dan hairanlah bila mana kita menelusuri sejarah2 lampau pemerintah yang menolak kebenaran islam tanpa kompromi..!!

Di Mesir ni,2,3 hari lepas...
HM dengan megahnya menjemput mana2 pemimpin negara maju bertandang ke Sharm el-Sheikh bagi membincangkan tentang gencatan senjata di Gazaa...
dan turut memerah keringat berfikir macam mana nak menyekat unsur2 yang boleh menghidupkan jentera HAMAS melalui bumi Mesir...!!!
turut hadir,sekutu kuat beliau Bush dan wakil dari Israell...
dari palestin pula...jemput pihak 'authority palestine'.tak nyatakan pihak mana yg dijemput...
tapi yg pasti bukan HAMAS...

sedang mereka berhimpun di satu tempat yang damai,tempat pelancongan pesisir pantai yang indah..
rakyat2 Mesir yang berani, terus mengadakan tunjuk perasaan menyatakan kemarahan mereka yang makin berapi tatkala melihat tindakan HM yang masih menyeksa rakyat Gazaa...

di Damanhour,salah satu negeri di Mesir ni - Beribu2 penduduk di sana mengadakan demontrasi membantah kekejaman Zionis...mereka berarak di sepanjang bandar menuju ke Mahkamah Besar Damanhour...akibatnya lagi 150 orang ditangkap pihak berkuasa...
Lihat!!! semua penduduk islam dunia...lihat,apa yang terjadi di Mesir ni...

Walaumacam mana terjadi pun...orang2 Mesir masih bersemangat mahu menolong sahabat2 mereka di Gaza...
saban hari...tiap2 kali solat fardu di Masjid tepi rumah ana ni...doa Qunut Nazilah tak tinggal...
siap nangis2 lagi imam nya...lepas solat,wat ceramah pula...
menggesa jemaah supaya bangun tengah malam sembahyang 2 rakaat untuk selamatkan rakyat Gaza...tak dilupa,imam tu suruh juga boikot KFC,COCA-COLA DAN ADIK BERADIKNYA YG LAIN...

dan Alhamdulillah...keadaan di Gazaa makin lega...rasanya,tentera israell dah letih...
banyak wang abes...ada laporan..tentera mereka ada masalah sycooo...
tu semua...berkat doa kita di seluruh dunia...

teruskan kawan2ku di luar sana...lakukan apa saja untuk Palestin...
tapi berawas...jangan lakukan sesuatu yang membantu kejayaan puak FATAH..
sokong HAMAS...!!


p/s-laporan yang ana terima...3 trak bantuan kemanusiaan dari MERCY MALAYSIA tak boleh masuk ke palestin melalui Rafah..alasannya,hanya 3 NGO sahaja yang boleh melepasinya...NGO mana tidak dapat dipastikan.

-harap kawan2 dapat merahsiakan fotopages ana ini dari pihak berkuasa Mesir...harap kerjasama untuk keselamatan ana dan kawan2 disini...

-tanda * pada nama Pak Cik Hassan bermaksud....faham2 je lah ya...kat sini bahaya sebut secara terbuka...


kk..sampai disini dulu..doakan kejayaan ana dalam exam terdekat..
sampai jumpa lagi.
wassalam..



HM mengetuai pemimpin2 dunia lain..


berbincang dengan Prezz Perancis,Nicolas Sarkozy


Bush=HM=Raja Saudi...







Monday, 19-Jan-2009 04:36 Email | Share | | Bookmark
time pereksa...aduh!!

salam semua...

sekarang ni..musim pereksa...
masing2 dop terperap dalam rumah...

wat pengetahuan kawan2...
semua pelajar mana2 universiti kat mesir ni,
menempuhi pepereksaan pada penghujung bulan Januari...dan akan bercuti 'WinteR'
selama dua minggu bermula 1 Februari...

dan masa time cuti winter ni..
macam2 program dah dirancang...
insyaAllah,ana dan kawan2 akan berkunjung ke semenanjung sinai...
mendaki gunung sinai yang bersalji!!
pas tu,nk lawat sempadan israel dan mesir!!!
sempadan negara yang terkutuk...

kkk..sampai disini dulu..
doakn kejayaan untuk semua..
wassalam



JADUAL PEREKSA...


Wednesday, 14-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lagi berita kerajaan Mesir yang amat mendukacitakan...

Salam semua...

Hari ini...
ana masih ingin menarik perhatian semua...
tentang kerajaan Mesir yang pro israel...
Israel sekarang tengah bergelak ketawa bila melihat arab mesir seolah2 menyokong mereka...
kita sesama islam nak membunuh sesama sendiri...

Doakanlah agar mereka yang bertanggungjawab mendapat HIDAYAH dari Allah SWT...

untuk pengetahuan semua...
jikalau mana2 penduduk mesir yang membuat demontrasi jalanan tentang
kekejaman Israel ke atas Gaza...MEREKA AKAN DITANGKAP!!!

begitulah hakikat sebenar...

di bawah ini...ana sertakan fakta2 yang diperolehi dari sumber yang dipercayai

1)Zaqazeeq - Seramai 20 orang cikgu2 sekolah Sharqiyyah telah ditangkap kerana menganjurkan demontrasi membantah kekejaman israel.Lebih kurang 4000 cikgu-cikgi menyertai himpunan tersebut dihadapan 'Teachers Syndicate in Zaqazeeq '

2)Alexendria - 21 orang saudara seislam kita telah ditangkap oleh pihak polis selepas menganjurkan demontrasi terbesar di Alexendria Jumaat lepas.Mereka2 yang ditangkap adalah pihak2 yang bertanggungjawab menganjurkan demontrasi tersebut yang mana dapat menghimpunkan ribuan orang Alexendria.
{Husni Mubarak kecut perut kot bila ramai org islam Mesir sokong Hamas.. }
...Antara yang ditangkap adalah Professor dari Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah....

di atas adalah sedikit maklumat tentang penangkapan terhadap mana2 penduduk mesir yang betul2 berada dijalan yang benar...maksud ana,tindakan mereka yang memprotes israel dan mengecam kerajaan mereka yang mengambil tindakan berkecuali atas serangan Israel terhadap Gaza.

keseluruhan jumlah tangkapan seluruh Mesir adalah 64 orang
{hanya yang menganjurkan demontrasi shj...lain2 yg ditahan lebih ramai }

dan dalam dua minggu ini saja...dah 117 penduduk Mesir yang tak berdosa ditahan atas sebab2
politik tempatan...

Jadi sekarang...Islam dah kembali DAGANG...samalah seperti sabda Rasullah tercinta
beribu2 tahun sudah...
sekarang,kebenarannya ada di mana2...adakah saudara semua sedar...

Kita sekarang betul2 dah berada di penghujung akhir zaman...
mari kita semua memohon perlindungan dari Allah SWT...
Tetapkan IMAN dan ISLAM dalam jiwa sanubari hingga penghujung nyawa kita...Amin3x

wassalam..




Mereka semua dah meninggalkan kita..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net