|
|
| Sunday, 13-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bercuti sambil menghayati keindahan alam ciptaan tuhan...
|
|
Bismillah.
Salam sejahtera semua...
Sekadar pemberitahuan...
Ana akan menghabiskan masa selama beberapa hari berkunjung ke MATRUH dan SIWA.
dua tempat yang amat menarik untuk dilawati pada musim panas ni...
dua daerah atau kawasan yang berkedudukan amat jauh dari penempatan orang2 mesir biasa...
maksud penempatan biasa disini ialah,di pinggiran sungai Nil...
Doa dan harapan ana dambakan agar lawatan ini memberi seribu makna...
membawa seribu kenangan selain mengagumi dan memuji kehebatan Allah Taala mencipta alam semula jadi yang lengkap sempurna.
Selepas ini,ana cuba membuat sedikit liputan tentang lawatan ini...harap kalian semua bersabar.
untuk lebih pengetahuan tentang tempat2 menarik di seluruh Mesir...anda semua boleh klik laman ini...
kkk,sampai di sini dulu...
wassalam
InsyaAllah...akan sampai disini.
InsyaAllah...akan sampai disini.
InsyaAllah...akan sampai disini.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
berkunjung ke rumah baru Abu Bakar...
|
|
Salam...
Malam kelmarin...ana bersama kawan2 sempat berkunjung ke rumah Saudara Abu Bakar ni...
Wat pengetahuan semua...Abu Bakar dah berpindah ke rumah baru...
dah tak bersama kami lagi...
sedih2...
Tapi...tak ape
walaupun berjauhan...tapi sentiasa dekaaaaaaaat di hatiiiiii....
mdah2han lepas ni kita saling merindui antara satu sama lain...
saling ziarah menziarahi...lawat melawati merapatkan tali persahabatan...
kkk..sampai di sini dulu...
kepada semua,sila layan gambar umah dan bilik bakar di bawah...
wassalam.
Ramai2 bergembira
Katil Bakar
Meja Study Bakar
Almari pakaian Bkar
Tersusun rapi
Teman tidur bakar...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Jul-2008 03:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kahwen oh kahwen!!
|
|
Salam sejahtera...
Tanggal 5 Julai lalu,ana berkesempatan menghadiri majlis walimatulurus 3 orang ustaz2 kite.
Pasangan bahagia
pasangan yang dimaksudkan ialah:
1)Ustaz Norhalif dan Ustazah Norzurai
2)Ustaz Shahru Ramadhan dan Ustazah Jamilah
3)Ustaz Khairi dan Ustazah Shakirah
Majlis bertempat di rumah kelantan baru (RKB).Majlis diadakan dengan penuh meriah tapi dalam keadaan kesederhanaan.tetamu yang dijemput antara 500 hingga 600 orang.
Gotong-royong
Semua kerja2 dilakukan secara bergotong royong.kerja2 persediaan bahan2 mentah dimulakan sejurus selepas solat isyak hinggalah kepada waktu Zohor keesokan harinya.tetapi kemuncak gotong royong ialah pada malam tersebut hingga tengah malam.kemudian tugas2 memasak diserahkan kepada chef2 yang dilantik khas.
Sebanyak 50 kilo daging lembu yang diimport dari BRAZIL.kerja2 pemotongan daging dilakukan beramai2.secara berjamaah semuanya menjadi senang.ana mengambil tugas sebagai pemotong daging.setelah selesai proses pemotongan daging.ana berpindah pula kepada proses blander bawang.ana menarik diri daripada melakukan kerja2 tersebut setelah penat serta letih.mase tu lebih kurang jam 1 pagi.ana bergerak ke rumah Abe Nan untuk merebahkan badan dan mengumpul tenaga untuk bertugas keesokan harinya.
Majlis Pembatalan Air Sembahyang
Pagi keesokan harinya,semua rakan terdekat pasangan mempelai bertumpu ke BaitNuha.di situ,mengikut perancangan,akan dilangsungkan sedikit majlis ringkas sebagai tanda simbolik terikatnya tali perkahwinan antara pasangan mempelai.
Kalau ustaz Khairi dah dilakukan akad perkawinan sehari sebelum tu.Sama juga dengan Ustaz Shahru Ramadhan,yang mana secara mudahnya diakad di dewan tok kenali beberapa hari sebelumnya.Manakala Ustaz Norhalif akad perkahwinan dilangsung oleh ibu bapa masing2 di malaysia sana.
Dalam majlis tersebut,Ustaz Hafiz Mahmud menjadi pemudah cara.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari Ustaz Azim.Kemudian ucapan dari wakil BaitMuslim disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Asri Mat Daud.Kalam2 Ustaz Asri diamati sekhusyuk2nya oleh para tetamu...semamangnya Ustaz Asri ni banyak ilmu dan amat petah berkata2...ana baru mengenalinya lebih dekat.Seterusnya majlis memberi peluang kepada hadirin untuk memberi ucapan.Saudara Izzat kamal mewakili pelajar Medic Mansoura.
Selesai semua acara...kami makan beramai2...tapi sebelum makan tu,ada bacaan doa selamat oleh yang berbahagia Ustaz Asri bagi memberkati pasangan mempelai.
Bergambar bersama mempelai dijadikan acara yang amat meriah.masing2 tak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Semua orang bergilir2 menanti peluang merakamkan kenangan manis bersama raja sehari.
Sebelum bersurai,mempelai dipersilakan masuk ke ruang dapur ana kira untuk sesi pembatalan Air Sembahyang...
Jamuan
Usai solat Zohor,Jamuan makan dimulakan di RKB.tetamu yang dijemput dan kenalan rapat mula melimpahi ruang makan di tempat yang dikhaskan.ramai yang hadir pada saat kemuncak ni...mengisi perut sambil bersua muka mengucapkan TAHNIAH kepada semua raja sehari yang menjadi penyambut tetamu di tepian pagar.Ada tetamu yang datang bersama2 hadiah tanda ingatan.
Jamuan makan beransur menjelang waktu Asar.tetamu dah makin kurang,yang tinggal 2,3 orang sahaja.Petugas2 mulai bersiap untuk menutup gerai lagipun lauk pauk yang tersedia dah makin terhad.Tapi semua selesai dengan jayanya.Semua yang hadir tidak pulang dengan perut kosong ana kira pada hari tersebut.
Basuh Periuk Belanga
Selesai semuanya,hanya tinggal bekas2 yang telah digunakan atau periuk2 yang digunakan untuk memasak.Ana turut serta mengambil bahagian cuci mencuci ni.berkat semangat kerjasama semua Ustaz2,kerja pembersihan ini menjadi cepat dan mudah.tak lebih 3 jam semuanya selesai.Alhamdulillah...
Sebelum ana mengundur diri,mari semua kita renung2kan firman Allah di bawah...
| Quote: | Perempun yang keji untuk laki2 yang keji,dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji(pula).Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula).Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang.Mereka memperoleh ampunan dan reseki yang mulia (syurga).
-An-Nur,ayat 26. |
Akhir kata ana nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Semoga Berbahagia kepada semua pasangan pengantin baru...semoga kebahagian menjadi milik anda hingga ke Akhir Hayat....
wassalam
Kad jemputan kahwen..
Pasangan raja sehari...
Bertugas
Bertugas&Bergaya
Bersama Ustaz Shahru ramadhan dan Ust Norhalif...
Abe Nan yang kuhormati...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jul-2008 18:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FAMILY DAY-kenangan terindah
|
 |
|
Saudara Nabil yang kusegani...
|
|
 |
|
Saudara Izzat kebanggaanku...
|
|
 |
|
bola tampar time...
|
|
|
Assalamualaikum semua....
Setelah lama tidak update blog...
hari ni ana akan cuba untuk menyambung semula hobi ana ni...
Selepas Exam
Alhamdulillah...
tanggal 2 Julai,maka berakhirlah peperiksaaan akhir tahun satu bagi pelajar medic tahun 1 MEDIC MANSOURA...
merana sungguh 2 bulan lebih macam ni...
dek kerana semua pelajar pada masa tu dah bebas dari mana2 belenggu peperiksaan...
PCM menganjurkan 'FAMILY DAY' bagi meraikan tamatnya saat genting ni...
Family day
Diadakan pada 3 Julai 2008...
bertempat di Nadi Gamaa'ah (Fakulti Sukan Universiti Mansoura)...
Bermula dari lepas solat asar sampai jam 12 malam...
Kemudian sambung lagi pagi keesokan harinya dan berakhir hingga tengahari...
banyak acara disusun khas bagi menarik semua penyertaan dari semua golongan...
Antara acara sukan yang disusun ialah...FUTSAL,BOLA TAMPAR,SNOOKER DAN MERENTAS DESA.
Ukhuwah
Tidak dinafikan,aktiviti seperti ini banyak memberi impak positif kepada semua pelajar...
Antara yang dititik beratkan ialah...berkenaan UKHUWAH...
hampir 90% daripada pelajar lelaki MEDIC MANSOURA berjaya diturunkan...hampir semua jugaklah yang hadir...
dengan penyertaan yang ramai ni...dapat merapatkan jurang perhubungan antara pelajar2...yang jauh dirapatkan...yang rapat lagi dirapatkan...yang tak kenal berkenalan...yang malu segan di didekati...kesimpulannya,ukhuwah antara kami menjadi semakin rapat dan padu.
Meriah
Apa yang ana nampak...program ini memang berjaya...tidak perlu diungkit2 mana yang kurang...yang penting,matlamat program ini berjaya...
ana sendiri mengakui...agak gembira bila suasana macam ni wujud...abang2 mendekati adik2...adik2 bergurau senda dengan abang2...tiada lagi malu dan segan...
masing2 gembira dan bersorak girang sambil bermain dan bertempik2kan menyokong pasukan masing2...
nampak di situ...antara kita semua memang ada CHEMISTRY...
Terima Kasih
Ucapan terima kasih tak terhingga ana ucapkan kepada abang2 senior yang bertungkus lumus untuk mengatur dan menyusun program ini...menyumbang tenaga dan harta semata2 untuk memastikan program ini berjalan lancar...
bila ingat pengorbanan senior2 ni...rasa terharu menyelubungi diri...nak menitis air mata pun ada...tak tahu nak ungkap...hanya ucapan TERIMA KASIH SAHAJA yang mampu diluahkan.banyak betulkan jasa budi mereka...kepada semua kawan2ku seperjuangan mari kita sama2 menyedari hakikat ini.
sampai di sini sahaja dulu wat kali...
semoga semua terhibur...
Solat Maghrib beramai2...
Bergambar bersama2 jejaka rebutan ramai puteri...
Saudara Izzat Menjadi pengadil
saat paling gembira
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Still in The Night
|
|
Bismillah...
kali ni...ana nak ceritakan pula sambutan untuk pelajar 2 tahun 1 selepas berakhirnya peperiksaan...
Still in The Night
Di atas adalah tema sambutan untuk malam tersebut...ana pun tak berapa nak faham apa maksud tersirat daripada tema tersebut...yang penting tujuan sambutan ini dibuat adalah untuk maraikan tamatnya peperiksaan dan juga boleh dikatakan juga Jamuan Akhir Tahun seperti zaman kita muda2 dulu di alam persekolahan...hahahhaha
Setiap pelajar tahun 1 MEDIC MANSOURA wajib menyertai aktiviti ini...telah disepakati,setiap individu dipaksa menyumbang sebanyak LE10 seorang...
Alhamdulillah...selepas beberapa hari persediaan,mesyuarat dan perbincangan antara mereka2 yang terlibat...semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Tapak program
seperti yang diwawarkan kepada semua...program ini akan dilangsungkan di atas rumah Abrar...atas bumbung.jauhlah sikit jika dibandingkan dengan penempatan kami ni di Saima'...tapi nak buat macam mana,dah tak ada tempat lain...arab2 ni memang amat menyusahkan sikit kalau nak minta kebenaran untuk buat program...eeee...ingat sekali kancing gigi juga ana jadinya.
Tetapi,segala masalah menjadi seolah2 dilupakan,bila semua orang berkerjasama untuk menyumbang keringat dan tenaga...SEMUA KERJA TAMPAK MUDAH.tapak program yang dulunya nampak jauh jadi dekat.kerja yang bertimbun2 pada awalnya nampak sungguh sikit.
semua barang2 yang diperlukan dipunggah dengan menggunakan tenaga manusia...jauh tapak yang ana maksudkan tu,adalah lebih kurang 500 meter...haaa jauh tu!
BBQ
Proses pembakaran dimulakan selepas asar...
sebanyak lebih kurang 20 ekor ayam digunakan.pekerja2 bagi proses pembakaran memang sudah bersedia dari awal...jadi jumlah ayam sebnyak itu tak dirisaukan langsung bagi mereka.
Selepas solat Maghrib...semua pelajar tahun 1 MEDIC MANSOURA bergerak ke tapak program.sambil menunggu program dimulakan...petugas2 dan ajk yang ditabalkan giat melakukan kerja2 mereka.menyusun dan menyiapkan tempat dan pentas...petugas membahagi lauk pauk dengan kerja mereka...tokey air dengan air dan baldinya...tak kurang pula dengan pakar multimedia dan teknikal,berusaha membetulkan wayar2 yang berserabut dan berselirat.
Majlis dan aktiviti
Lebih kurang jam 9 malam...majlis dimulakan dipengerusikan oleh Saudara Akhi.
Selepas sedikit masa pengerusi majlis berceloteh...PENGARAH PROGRAM dijemput untuk menyampaikan sepatah dua-kata.Pengarah Program yang dimaksudkan ialah Saudara Asyraf.
Touch2...See2
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah...
aktiviti mengenal rakan2...mengenali rakan2 melalui
Nama emak;
Benda yang di benci;
Benda yang di sukai;
Anak ke berapa;
dan bil adik-beradik;
untuk pengetahuan semua...pada petang sebelum program tersebut...setiap orang telah diedarkan flyier oleh petugas2.Dan setiap orang wajib mengisi penuh apa yang di tertera di kertas tersebut.
pada malam tu...flyier2 tu diedarkan secara rawak kepada semua orang.dan dalam tempoh masa yang ditetapkan setiap orang wajib memulangkan flyier tu kepada tuannya masing2.dan beberapa syarat juga perlu dipatuhi.setiap orang wajib menjadi bisu sementara waktu...hanya bahasa isyarat sahaja dibenarkan.
dan selepas beberapa waktu...hanya tinggal beberapa orang sahaja yang tak dapat memulangkan balik flyier kepada tuannya...kesian kepada mereka ni...kena panggil kedepan dan baca kuat2 flyier yang masih ada kat tangan mereka.
hehehhe...Ahamdulillah ana terlepas!!
Lakonan
Aktiviti kedua,kami dibahagikan kepada 4 kumpulan besar.setiap kumpulan terdiri daripada belasan.masa diberikan untuk setiap kempulan membuat persiapan.sebenarnya setiap kumpulan telah diberi 2 pilihan...samaada nak buat persembahan Nasyid ataupun lakonan...kampulan kami memilih lakonan...dan setiap persembahan tak boleh lari dari tema yang telah ditetapkan.
selepas perbincangan dilakukan...ana memilih watak jahat dalam lakonan ni...seronok jugak jadi gangster sakali sekala...
setiap kumpulan tampil dengan persembahan2 yang kreatif dan kelakar.tak kering gusi kami...tapi mesej dan moral daripada cerita tetap ada dalam setiap persembahan.Konklusinya rasa terhibur jugak la...
Persembahan Multimedia dan Bermaaf-maafan
selepas acara lakonan selesai.
sesi persembahan multimedia mengambil tempat.
semua orang bertumpu dihadapan 3 laptop yang telah diletakkan pada tempat yang telah dikhaskan.kemudian tayangan dimulakan secara serentak.Tayangan berkisar pada gambar2 yang telah diambil semenjak mula2 pertemuan lagi.bermula dari di ukm hinggalah sekarang.
seronok berbaur terharu bila melayan foto2 yang memberi seribu makna...biarpun gambar ana tak ada sekeping pun dalam persembahan tersebut...hahahhaha
selesai acara tersebut...sessi bermaafan2 sesama kami semua.acara paling syahdu...sambil diiringi selawat kami berpeluk-pelukan bermaaf2fan satu sama lain.
sedih...
Makan
Kemuncak acara adalah acara makan2.acara ni lah yang paling ditunggu2 oleh semua orang semestinya...mana taknya,seharian berkerja keras menyiapkan makanan sehinnggakan perut sendiri terbiar kosong tanpa diisi...mase makan tu...suasana menjadi sunyi sepi...masing2 khusyuk dengan makanan yang berada di hadapan...termasuk ana sendiri.!!lapar
Selesai!!!
Lebih kurang jam 1...barulah semua selesai.dalam keletihan...kami masih cuba menggunakan tenaga2 yang masih ada untuk mengclearkan tapak program...setiap orang tak balik dengan tangan kosong...dipaksa juga membawa barang satu atau dua pulang ke rumah.ni semua untuk meringankan kerja2 AJK.
Terima kasih semua
Disini,ana nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua kerana bertungkus lumus membanting tulang berusaha melancarkan program...segala usaha dan keringat yang anda sumbangkan akan dikirakan sebagai ibadah selagi anda semua tidak lupa untuk berniat kerana Allah swt.
sekian sahaja celoteh ana kali ini...
sekian,wassalam
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jul-2008 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
anak2 sedaraku yang come-tomei...
|
|
Salam...
untuk capaian lanjut sila klik di sini...
sekian,wassalam
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jul-2008 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cukup Sebulan....
|
|
Bismillah...
Salam sejahtera semua...
semalam cukup sebulan hari yang penuh berliku terpaksa ditempuhi keluargaku...
sebulan pertama ini menjadi kenangan manis dan pahit buat semua...
tak kira di mana jua berada...
di negeri bawah bayu(SABAH),di negeri sesuci-suci tempat(MAKKAH),di perlembahan nil(MESIR) dan tempat2 sewaktu dengannya...
semuanya menangisi kehilangan nikmat kurniaan ALLAH SWT secara sekelip mata(NIKMAT TEMPAT TINGGAL)...
Detik
Detik 3 Jun 2008 sesungguhnya akan terus diingati seluruh isi keluargaku sehingga tamat usia...
Detik di mana keluargaku diuji oleh Maha PENCIPTA...
Detik di mana membawa seribu keinsafan buat kami semua...
Insaf kerana sebelum2 ini,kami berasa kami masih belum mensyukuri sepenuh nikmat yang telah diberi ALLAH SWT...
Detik dimana membawa rasa syukur kerana semua ahli keluargaku selamat dari bencana ini...
Tidak ada kemalangan jiwa dan kecederaan...Alhamdulillah...
Setinggi KESYUKURAN dipanjatkan padaMu Ya Allah...
Sebelum ana mengundur diri,Mari semua kita renungkan maksud firman ALLAH SWT yang bermaksud :
| Quote: | Apa pun (kenikmatan) yang diberikan padamu,maka itu adalah kesenangan hidup di dunia.Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yang beriman,dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.
-dipetik dari surah Asy-Syura ayat 36... |
Mudah2han Firman ALLAH SWT diatas akan terus menguatkan semangat ahli2 keluargaku semua...
kkk..sampai sini dulu,
bye2...
wassalam...
p/s; 2,3 hari belakangan ini...ana amat sibuk...xsempat nak update fp setiap hari...setiap hari ade saje aktiviti yang dirancang dan xdirancang dilakukan...hari ni nak bermusafir ke Cairo pulak,ade ustaz kite nak kawen... balik dalam 2,3 hari lagi...arap semua bersabar...
Banner yang digantung khas betul2 dihadapan tapak baru rumahku...
Sebulan yang lalu...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 10:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bondaku...
|
|
bismillah...
Hari ini dengan dukacitanya...
bonda secara rasmi telah menjadi salah seorang Pengidap Penyakit Diabetis...
Ini disahkan oleh Dr dari Hospital Tengku Anis,Pasir Puteh...
Check up kali pertama menunjukkan aras glucose dalam darah bonda berada di antara...
Iaitu 10.78
Jadi Dr perempuan muda yang bertugas tu tak berapa puas hati la kan...nak check sekali lagi...
dia suruh bonda ke kantin hospital...dan makan macam biase2...
Jesteru bonda makan sepinggan mee goreng berlaukkan daging,minum lak air tea bean...
bonda makan dengan penuh seleranya selepas berjam2 menahan perut sejak 10 malam semalam lagi...
Selepas tu,pergi Check up sekali lagi dengan Dr perempuan tadi....
lepas Check tu...
haaaaah ambik...terkejut abis dibuatnya...
tahap glucose dalam darah bonda mencecah 20.00...!!
konklusinya,Dr mengklasifikasikan bonda sebagai Pesakit Diabetis...
Pasrah...
tapi bonda amat TABAH...
tadi mase ana telefon...bonda amat girang...bukan macam biasa2...
dia kata,dia terima penyakit yang disnugerahkan Allah ni...
orang lain lagi teruk...dia tahap awal lagi...
Bonda BERSYUKUR sebab dapat kesan penyakit ni awal....
Ubat...
Bonda kata nak cuba ubat tradisional dulu...
Dr ada tanya bonda samada nak ambik ubat hospital atau tidak..
tapi bonda cakap tak mahu...jadi bonda pulang dengan tangan kosong...
antara ubat yang bonda mahu cuba ialah akar pandan,akar jering dan macam2 akar lagi...
daun pulak bermacam-macam daun...ana sendiri pun lupa...
Selain tu,bonda jugak ada pergi berjalan2 kat Taman Refleksi...
kata bonda,bila berjalan atas batu kecik2 tu...rasa semakin sihat...
Jadi bonda akan teruskan amalan ini semampu boleh...
kkk...sampai sini dulu sedikit perihal bonda tersayang...
doakan semoga semua ok....
| Quote: | p/s;Doakan juga dekat mama ramlah yang sekarang ni berada kat hospital...semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala...ksian sungguh dkat Kak Ayu yang merindui mamanya...sabar ek Kak Ayu... ...fattah doakan agar semuanya ok..BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA...
|
Kenangan lalu...
Bonda ditemuramah oleh Pegawai polis selepas kebakaran rumah...
Bonda yang TABAH...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Jun-2008 08:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
berkunjung ke Pasar Borong Mansurah...
|
|
Bismillah...
Sebelum kepulangan ise...ana g pasar borong mansurah...nak beli hadiah buah2han untuk family die...
layan lah gambar2 di atas...
kk..samapai sini dulu
wassalam..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jun-2008 03:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pulang Abe Wan dan Ustaz Amin ke MALAYSIA...
|
|
Assalamualaikum semua...
Semalam,ana berkesempatan menziarahi Abe Wan dan Ustaz Amin di Dirasat...
Untuk pengetahuan semua...mereka berdua akan berangkat pulang ke Malaysia hari ini,28 Jun 2008.
Ana berkunjung berempat...bersama2 saudara Prezz PCM,Izzat Kamal,Setiausaha PCM,Saudara Muaz dan Sahabat terkacak,Saudara Hamiz Shah...
Bergerak dari rumah seusai solat Maghrib...
Kek dan Ukhuwah
Sempena kunjungan ana ke rumah mereka berdua...
ana berkesempatan membakar kek khas untuk BIRTHDAY abe wan yang sepatutnya telah disambut sebulan lalu...
tapi dek kerana sibuk dengan peperiksaan...semua perancangan terpaksa ditunda sehinggalah tiba saat2 yang suntuk sebegini...
Walauapapun...akhirnya,terlaksana juga hajat dihati...nak bagi abe wan rasai sendiri kek buatan adik2 nih...ana dan rakan2 di sini sengaja tak nak beli kek dari kedai tapi nak buat guna kemahiran sendiri...
Biarlah tidak seenak dengan yang dibeli di kedai...tak secantik dan seelok mereka...tetapi berkat dari air tangan adik2 ni,diharap dapat mengukuhkan lagi silaturrahim antara adik2 medic dan Ustaz2 pewaris nabi...
Itulah Harapan yang didambakan...
kkk..sampai di sini dulu entry kali ni...
anda semua boleh layan gambar2 di bawah...
bye2..
Senyum selalu...
Kek yang ana buat...hehehe
Dari kiri Ustaz Amin,ana dan Abe Wan...
Bersahabat baik...ngan sedara Muaz
Tetamu memenuhi ruang...
Dah tinggal separuh...
|
|
|
|