Want your
own Fotopage?









 
fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
gambar kenangan...

salam..

inilah satu2nya gambar kenangan di rumah lama kami...

salam..........
ada lagi ek gamba ni.........
moga mnjadi kenagan kita bersama..
dengar crito nk balik? betul ke?
Wed 2-Jul-2008 07:58
Posted by:cik nah
tu la...cik nah..katenya nak balik.
tengok keadaan lah segalanya...
kalau takdir dah balik malaysia..
balik malaysia lah nampaknya...
heheheh
wassalam..

Wed 2-Jul-2008 10:11
Posted by:fattah..
Add comment


Friday, 27-Jun-2008 07:38 Email | Share | | Bookmark
Buat Ustaz Adnan Wazir...YDP kELANTAN 07/08

ustaz Nan bersama ustaz Munir...
ade ape yang tak kena?
makan ikan bakar...
View all 5 photos...
Bismillah...


Salam pertemuan buat semua...
Harap maaf kerana sudah lama tidak mengupdate...

Ziarah pengubat rindu

Disini ana nak paparkan beberapa keping gambar tentang apa yang berlaku sepanjang minggu lepas...

Minggu lepas...Ustaz nan dan konco2nya berkesempatan membuat kunjungan ziarah ke rumah kami di Mansurah ni...
rasa hilang rindu setelah lama tidak bersua...

Aktiviti dan Perancangan

Kedatangannya selama 3 hari dua malam cukup mengubat rindu wat kami ahli baitTaqwa khususnya dan ahli KPKM amnya...
program dan pergerakan ustaz Nan disusun rapi...
tidak ada masa dibiarkan kosong tanpa aktiviti...

Antara aktiviti YDP kelantan ketika berada di Mansurah ni...

1)adakan majlis ringkas di A6 bersama2 exco PCM...TERHARU betoi...
2)bermain futsal bersama2 senior.
3)bersiar2 mengelilingi bandar mansurah diambang sore...
4)Keluar makan lewat malam di sekitar bandar...

Rapatkankan jurang

Sudah tentu beberapa aktiviti di atas merapatkan hubungan kami bersama YDP KELANTAN ni....ustaz Nan..
sungguh beruntung kami sebenarnya kerana dapat mengenali ustaz2 pewaris nabi di Perlembahan Nil ni...
mungkin keistimewaan ini tidak dapat dikecapi bersama oleh pelajar2 medic negara lain...
itulah seharusnya,wat kawan2 di bumi MESIR ni...gunakan peluang sebaiknya..

Tambah2 lagi,mase cuti musim panas ni...cuba2lah untuk merapati dan mengenali ustaz2 dari Azhar...
kita sebenarnya patut membuat permulaan...kengkadang ustaz2 ni malu untuk merapati kita...mereka takut dan segan untuk mengganggu kite..
bagi mereka...kite nih kaki study...nanti kalu wat ziarah la,ajak2 keluar la...takut ganggu diorang ni...
padahal tu semua tidak benar belaka...

Semoga anda semua mengambil sedikit teladan dari kisah di atas...

Kat sini ana nak ambik kesempatan nak ucapkan ribuan trima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau xlangsung sepanjang perjalanan idup ana minggu lepas;

1)ahli bait A6...Aniq,Bakar dan Shamell
2)tetamu
-Ustaz Nan
-Ustaz Malik
-Ustaz Munir
-Ustaz Azizi
-Ustaz Qosim
3)Exco PCM
4)dan rakan2 sekeliling...


sampai di sini dulu.
wassalam

Ustaz Nan yang terhangat di pasaran


Belajar memasak ngan saudara Bakar


bergambar sebelum berangkat pulang...

assalamualaikum
apa khabar adikku sayang..
gembira k.jah tengok adik ka.jah sangat bahagia d sana
alahamdulillah,,
i2 yg k.jah harapkan
fattah dapat belajar dgn baik
rasa teng ckit,x bimbangkan fattah
belajar baik2 yer
SAYANG FATTAH
Sun 29-Jun-2008 15:27
Posted by:cikjah
HEHE Sun 29-Jun-2008 15:28
Posted by:cikjah
heheheh...kak jah ni ade2 je..
fattah kat cn ni ok sangat...
kak jah ni kakak yang amat prihatin...

yang penting kak jah tu...jaga ksihtan diri dan baby...
mdah2han nanti pak de balik,leh la pak de jadi pengasuh...
huhuhuhuh
kkk..bye2
kim salam kat abe man...
wassalam
Wed 2-Jul-2008 10:14
Posted by:fattah..
Add comment


Friday, 27-Jun-2008 06:44 Email | Share | | Bookmark
Anak sedaraku di Makkah dah cukup 2 tahun...

Assalamualaikum...

Eppy birthday wat Muhammad Abdul Rahman Hamzah...
Dah semakin besar sekarang ya...
Maknanya dah 2 tahun membesar di bumi haram...

Alhamdulillah...

Semoga MEMBESAR dengan baik dan sempurna...
katanya,bermula umur 2 tahun ni...
BABA MUHAMMAD dah nak suruh Muhammad hafal Al-Quran...
satu perancangan yang amat baik dan teliti...

Untuk mengetahui lebih lanjut...sila klik disini

Muhammad Abdul Rahman Hamzah


Keluarga bahagia


slirpppp!!!...sedapnya

Care to comment?


Monday, 23-Jun-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
Hidup penuh kesederhanaan...

Mesin basuh...
basikal...
peti sejuk...
View all 4 photos...
Bismillah...

KESEDERHANAN

Kesederhanaan menghiasi kehidupan keluargaku...
Dengan berbekalkan beberapa perkakas asas,kami sekeluarga berazam membina hidup baru semula...

Detik ini,sebuah Mesin Basuh,Peti Ais dan beberapa alat eletronik lain telah disumbangkan oleh orang ramai...

Turut termasuk senarai,2 buah mesin jahit tradisional juga diterima kami...ramai betul orang yang bersimpati...Moga Allah SWT merahmati mereka semua...

Buat ummiku...bersabarlah dengan apa yang berlaku,Ku tahu bonda amat berduka atas kehilangan harta benda yang begitu bernilai...terutamanya KILANG JAHITAN bonda yang bertukar menjadi debu SEKELIP MATA...

SEJARAH DAN PERISTIWA SILAM

Sudah tentu,peristiwa ini tidak mudah memadam sejarah perniagaan kita sekeluarga(perniagaan berasaskan jahitan pakaian)...sejak 20 tahun lalu,kita bina perlahan2 aset tersebut...sehinggalah pada tika itu,bilangan mesin jahit hampir mencecah 10 buah...tapi mereka bukan milik kekal kita semua..!!!,mereka pergi meninggalkan kita...

Pekerja2 bonda yang dahulunya bertugas dibawah kelolaan bonda...saat ini dah menjadi tokey2 jahitan Kampung Panggong...ada sesetengah tu,yang dah pakai pekerja2 dah...tak kurang juga yang dah berpendapatan melebihi suami sendiri...

Sungguh besar jasa bonda pada mereka...

Tapi hari ini,segalanya telah tiada...lenyap buat selama-lamanya Bilik Jahitan bonda tersebut...dengan perkataan mudah PEJABAT bonda...

Anakmu ini masih segar ingatannya bila mengenangkan kita sama2 bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pakaian pelanggan...lebih2 lagi bila nak raya...kalut segala jadinya...

NILAI TAMBAH

Alhamdulillah,semua ahli keluarga lain dididik supaya membiasakan diri dengan mesin2 jahit...Tidak ada seorang pun yang boleh berkecuali dalam hal ini...semua terpaksa menjamah walaupun tak secekap bonda mengendalikan mesin2 itu...demi meringankan beban bonda...

Sedikit sebanyak...ku memperolehi ilmu berkaitan jahitan ni...yang mana Ku rasa ilmu itu tidak ada pada rakan2 sebayaKu...

Percaya atau tidak,aku telah pandai menjahit benda2 yang simple...seperti Langsir dan Skirt pelajar sekolah...dan beberapa lagi...

Dengan tunjuk ajar dan dorongan bonda,Ku sedar dan merasai sikit sebanyak jerit peluh bonda mencari rezeki membesarkan kami anak-beranak...Ku menjadi insan yang betul2 berterima kasih pada AyahBonda mula saat itu dan selamanya...InsyaAllah.


p/s:Mase tingkatan 4 dulu...wat langsir untuk kelas...comel la jugak...siap menang kelas tercantik lagih..huhuhu

Antara mesin jahit ummiku yang tinggal...

Care to comment?


Thursday, 19-Jun-2008 15:12 Email | Share | | Bookmark
Pelan Rumah Baru Keluarga Hamzah Che Wil...

Assalamualaikum....

Setelah peristiwa 3 Jun 2008 berlalu....
Keluarga kami nekad mahu membina hidup baru...
Setiap perancangan diteliti,diselidiki dan dikaji penuh teliti...
Dengan harapan kami sekeluarga berbahagia kembali seperti sedia kala serta dambaan moga Allah Melimpahi lebih RAHMAT atas segala ujian yang telah dihadapi...

Rentetan itu,dengan bantuan orang ramai,dengan sedikit harta bekalan kami sekeluarga...
Kami berkenan untuk membina sebuah rumah yang mungkin boleh menggantikan rumah lama kami...

Ana pamerkan sedikit gambar lakaran plan rumah baru yang dimaksudkan itu...jemput pada semua untuk memerhatikannya...

Usaha2 untuk membina asas tapak telah dimulakan seminggu yang lalu...
dengan kehadiran pekerja hampir 10 orang sehari...
dengan bekalan bahan mentah binaan yang tidak ada putus...

Kami sekeluarga optimis mahu mendudukinya sebelum HARI RAYA PUASA 2008 nanti...
Harapan agar kalian semua mendoakan kelancaran pembinanan rumah baru kami nanti..

kkk..sampai di sini dulu..
moga jumpa lain kali..
wassalam..
p/s;terima kasih tak terhingga atas segala pertolongan anda semua...kami sekeluarga terlalu banyak menerima bantuan dari perbagai pihak...Agar ALLAH dapat membalasnya..

inilah dia plan RUMAH BARU KELUARGA HAMZAH CHE WIL...

cantiklah umah,,,,mintak copy so Fri 27-Nov-2009 09:40
Posted by:nandini nandini@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 14:07 Email | Share | | Bookmark
Jiwa AYAHBONDA semakin tenang...

Assalamualaikum....

Ana baru lepas bercakap ngan Ayah Ummi di Kampung...
Sedikit teruja diselit rasa terharu bila mengenang kisah2 lampau...

Tapi hari ini...ana rasa,paling lama bercakap dengan ummi dan ayah....
macam perkara dibualkan...
dari A sampai Z...

Mudah2han segala yang dibualkan tadi dapat membangkitkan kembali semangat AyahBonda di kampung..

kkk...sampai sini dulu ari nih...
nanti ana akan upload lagi lepas2 ni...
wassalam...

salam. Fattah, sorry lah lame sgt tak dtg ziarah ko. tgh bz study. insyaALLAH lepas exams ade peluang kite jumpe ek. Doakan aku dpt ketenangan mase jwb exams. semoga ko pun tenang2 je k. Alhamdulilah, seronok dgr famili semua dah semangat balik. hm... take care ;b Tue 17-Jun-2008 19:33
Posted by:apis pojie apispojie@gmail.com
tima kasih apis pojie sebab ziarah...
ko xyah rungsing..leh wat nya exam tu...
yang peting ko dah berusaha yang terbaik..
InsyaAllah jadi elok segalanya..
kkk bye apis..wassalam
Wed 25-Jun-2008 13:26
Posted by:fattah
Add comment


Monday, 16-Jun-2008 12:02 Email | Share | | Bookmark
Kesedihan Ayahbonda mengiringi pemergian anak sulungnya ke TAWAU

Ayahku...seorang yang tabah...
dihadapan rumah sementara...
Seorang Ayah dan anak sulungnya..
View all 4 photos...
Bismillah....

Rasa gundah-gulana jiwa ini melihatkan foto2 yang dikongsi dari http://abamuaz.fotopages.com
Kesedihan,kesayuan menyelubungi diri...

Kenapa???

Kerana memandang muka sayu penuh kepiluan UMMI dan AYAH melambai2 kepulangan semula anak sulunngya ke TAWAU...

Tidak perlu dinafikan lagi...Abe Lah lah menjadi penolong yang banyak membantu memulihkan kembali semangat AyahBonda tercinta...selepas pristiwa 3 Jun 2008..
dek kerana anak2 lain masih didalam prosess menuntut ilmu...mereka dan ana sendiri hanya boleh membantu sekelumit saja...

Ya Allah panjanglah umur mereka berdua...mudah2han aku sempat membalas balik jasa-budi mereka yang tak terhingga di dunia ini!!! Amin3x..

Kehilangan Abe Lah ini wat sementara sudah tentu membawa seribu satu kesusahan jiwa dan raga buat AyahBonda...susah untuk meminta pertolongan dan bantuan dari segi tenaga dan pemikiran...

Buat pengetahuan semua...abang sulungku ini bertugas sebagai pensyarah di INSTITUT PERGURUAN TAWAU,SABAH...jadi,beliau terpaksa kembali semula ke sana untuk menyambung tugas selepas seminggu pulang ke semenanjung...

Ya Allah kuatkan hati AyahBondaku menghadapi ujianMu yang Maha Hebat ini!

Akhir sekali...Sekalung penghargaan buat Abang2ku...Abe Lah,Abe Man..kakakku..Kak Jah dan adik beradikku yang lain serta sedara mara yang membantu memulihkan kembali semangat AyahBondaku...

Sesungguhnya mereka berada dalam kesusahan sekarang!

sampai disini dulu entry kali ini....
jumpa lagi...
wassalam..

Ayahku menitiskan air mata...tak pernah berlaku di hadapanku!!


Ummiku...Ya Allah rahmatilah kedua ibu bapaku ini...Amin3x.

salam,,
bestnya fattah mengarang..
boleh jadi sasterawan...
bagusnya adik kakjah
Wed 25-Jun-2008 03:23
Posted by:cikjah
nak ucap sama2 ko kak jah dan abe man di johor sana...
semoga sejahtera selalu..
wassalam..
Wed 25-Jun-2008 13:01
Posted by:fattah
Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 03:45 Email | Share | | Bookmark
Antara gambar2 tapak baru rumah kami...

Licin...
pandangan dari jalan raya...
terang benderang...
View all 4 photos...
Bismillah...

Hari ini,ana upload beberapa keping gambar yang menunjukkan proses pembersihan tapak baru rumah kami...
Kerja pembersihan ini ditaja khas oleh MDPP...
Terima kasih MDPP atas kerjasama dan keprihatinan anda...

Untuk pengetahuan semua...tapak rumah baru ini terletak kira-kira 100 meter di hadapan rumah lama kami...

kkk..sampai disini dulu entery untuk kali ini...
Untuk lebih foto dan berita dari kampung...ana akan cuba update dan perbaharui setiap hari...
Semoga kalian bersabar...

Sekali lagi...ucapan terima kasih buat http://abamuaz.fotopages.com kerana berkongsi foto2 di atas...

kkk..sampai di sini dulu..
wassalam...

Kereta Case sedang mengaum...

Care to comment?


Saturday, 14-Jun-2008 04:25 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah...

Bismillah...

Rumah baruku mula dibina tapak ari nih...14 JUN 2008
Sebanyak 6 pekerja bertungkus lumus membanting tulang menyiapkannya...
Mudah2han,kami sekeluarga bersedia untuk mendiaminya sebelum Aidil fitri nanti...
Mudah2han dengan berkat dariMu Ya Allah...

Alhamdulillah...

kk...sampai sini dulu...wassalam

Care to comment?


Friday, 13-Jun-2008 12:50 Email | Share | | Bookmark
Gambar2 selepas kebakaran...

 
 
 
View all 42 photos...
Bismillah...

Sila klik gambar2 di atas untuk pembesaran....
terima kasih kepada http://abamuaz.fotopages.com kerana mengupload gambar2 yang memberi
seribu makna ini...

Allah Maha Besar...!!

Layan...

kkk..semoga semua mendapat gambaran yang lebih jelas tentang musibah tersebut...
kk..bye2 wassalam..


assalamualaikum
kami baru datang cc hari ni
tq byk2 masukkan gmbar..
doakna kesabaran kami di sisni
Sat 14-Jun-2008 05:22
Posted by:cik jah n chek cik.
assalamualaikum.....
chat dop..
takziah taw atas musibah
bnyak-banyak bersabar...
Wed 18-Jun-2008 04:36
Posted by:are-ya alkindus_tomodachi@yahoo.com.my
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.