Want your
own Fotopage?









 
fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Berita Akhbar berbeza...

Salam Ukhuwwah...

Kali ni,ana nak buat sedikit perbezaan...
antara berita2 akhbar yang keluar berkenaan musibah yang menimpa keluarga kami...
perbezaannya adalah berkenaan sedikit huraian dan pemilihan kata2 sebagai tajuk utama...

Ulasan akhbar memang dia ada ubah2 sikit untuk menarik lebih pembaca...
Antara yang ada sedikit penambahan ialah Akhbar Harian Metro...
mungkin supaya nampak lebih menarik,dan seterusnya menarik lebih pembeli...

Walauapapun...perbezaannya tidak ketara sangat...cuma berkaitan hal2 kecil...
dan sememangnya,umum mengetahui yang akhbar Harian Metro ini adalah akhbar TABLOID...

untuk pembuktian...sila layan helaian akhbar di bawah...

Harian Metro

Quote:
untuk lebih jelas dan terang perkataannya,sila download dalam komputer anda dan besarkan guna window picture and fax viewer


Berita Harian


Sinar Harian


Sinar Harian

Care to comment?


Thursday, 12-Jun-2008 02:59 Email | Share | | Bookmark
Makan malam umah Pok Jak...

bersama senior terlaris...izzat
tengah isi perut...
dari kiri Azrul,Ikram dan Faisal...
Salam ukhuwwah....

3hari lepas,kami serumah dijemput makan malam di umah Pok Jak Prezz...
Ustaz Deq Mad dari Universiti Azhar datang menziarahi kami...Beliau juga merangkap Bendahari kehormat KPKM...ebat kan Ustaz DeQ Mad ni...!!
Jadi,beliau bermurah hati menyumbang keringat untuk memasak makan malam untuk kami semua...

Terima Kasih banyak2 Ustaz DeQ Mad...

Malam tu,Ustaz Deq Mad masak Laksa Penang...
Wow..sedap!!!...membukit ana makan...
sampai dah tak larat perut nak menanggung...huhuhu

Lepas Isyak,kami terus pulang ke rumah sebab keesokan harinya ada exam phisio...subjek paling susah la kiranya...

Wat semua...ana ada upload sdikit gambar untuk tatapan umum..
semoga terhibur...

Khabaran berkenaan keluarga ana di Malaysia akan menyusul 2,3 hari dari sekarang...tengah kumpul data dan maklumat dari sana...

doakan semoga semua selamat...

kkk..sampai di sini saja..
wassalam

Posing bersama jejaka paling cool di Mansurah,Saudara Nabil..


Ustaz DeQ Mad berdiri paling kanan...masih tersenyum,walaupun letih memasak...


Ni dia..laksa penang ala Mesir...

Fattah... banyak gambar rumah kita yang terbakar.. Abang Lah dah masukkan ke
http://abamuaz.fotopages.com/
Fri 13-Jun-2008 04:30
Posted by:abamuaz  - [Link]
terima kasih abe lah sebab upload gambar tersebut... Sat 14-Jun-2008 02:42
Posted by:fattah
Add comment


Monday, 9-Jun-2008 10:41 Email | Share | | Bookmark
esok...Akan bermulalah pembinaan rumah baruku...

Bismillah....

Ni baru lepas balik dari Universiti...tadi ada exam phisio...
sedih:-s...xleh jawab...jadi jem abis...padahal soalan yang keluar senang2 dah...

tengok2 soalan...rasenya smua yang dah baca...tapi,sebab terlalu banyak kena hafal dan ingat...
fakta dalam kepala ni bercampur baur abis...lintang pukang dibuatnya...
tapi,sabar lah...tu baru ujian dunia je...kalu tak sampai 60% yang ni...leh ambik balik september ni...

Quote:
TAPI KALAU UJIAN AKHIRAT...HAH..! MACAM MANA?...ADE DAK DHUR THANI?...LEH BALIK KAT DUNIA DAN BUAT AMAL BALIK???...
SUDAH TENTU TAK BOLEH KAN!!!..MASE TU KITA SEMUA AKAN NYESSAL,HATTA PARA ULAMA' PUN...APATAH LAGI KITA NI...YANG PENUH DOSA DAN NODA...

JADI,MARI KAWAN2 SEMUA,KITA FIKIR2 BALIK,RENUNG2 BALIK...
JANGANLAH BERSEDIH HATI...KALAU TAK LEH WAT EXAM TU..USAHA2 DAH...PENENTUNYA ALLAH SWT...
LEPAS NI KITA HARUS USAHA LEBIH GIGIH LAGI...-kata2 semangat orang yang tak leh jawab phisio tadi....sape lg..aku la


Masuk kepada tajuk utama...hehehe..maaf atas ngepek diatas tu...

Hari nih,mase ana tel umah...mereka semua dok meeting...tentang prancangan pembinaan umah baru kami sekeluarga...

Antara gambaran awal umah baru kami adalah...
-rumah 4 bilik..
-termasuk lima dengan bilik jahitan ummiku...
-bina dekat dengan jalan raya
-setakat perbincangan sekarang ni,kos upah kontraktor saja dah beribu-ribu...
-mula pembinaan,secepat mungkin...
-kontraktor pembinaan dah dapat...name dia Abe Kamil..(ana pun tak kenal)

Tu..setakat ini gambaran awal tentang pembinaan rumah baru kami...
mudah2han segalanya berjalan lancar...

Allah permudahkan lah urusan hamba2Mu...

kkk..setakat ini saja celotehan untuk ari nih..
wassalam


Care to comment?


Sunday, 8-Jun-2008 03:39 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah...Ummi dan Ayah dah boleh tinggalkan rumah lama!!

Bismillah...

Malam semalam...adalah malam pertama Ummi dan Ayahku tidur di tempat yang lebih selesa selepas 5 hari menginap di bawah khemah kawin tu!!...ummi dan ayah dah mula menjejakkan kaki ke rumah yang kami sewa buat sementara waktu tu...

Terima Kasih adik2ku kerana berjaya memujuk Ayah Ummi...

Kami,adik beradik pun faham kenapa Ummi dan Ayah berat hati nak meninggalkan tapak rumah lama..seperti yang ana bagi tau pada post2 yang lepas...rumah tu dibina hasil titik peluh mereka berdua...selama lebih kurang 30 tahun dibina sikit2...renovet sikit2...dan dah berupa istana pun....bagi kami sekeluarga la!..tapi selepas tu lenyap sekelip mata bersama isi2 rumah yang begitu bernilai...

Buat pengetahuan semua,Ummi ana ni...boleh dikatakan sebgai Ustazah jugak la...tiap2 petang keluar rumah pergi bagi ceramah ke masjid2 sekeliling kampung...Ceramah Fardu Ain untuk golongan2 emas...Lantikan Majlis Agama Kelantan..lebih tepatnya HALAQAT...

Jadi dia punya rujukan banyak la...paling banyak dia rujuk kaset2 Tok Guru Nik Aziz...Beliau berjaya kumpul kaset tu daripada sebelum ana lahir lagi!!!..beratus2 jumlah nya...tapi sekarang tiada satu pun tertinggal..tak kira lagi ngan kitab2 lama yang beliau selalu baca...Musnah segalanya...

Sabar ya Ummi...


Care to comment?


Saturday, 7-Jun-2008 08:19 Email | Share | | Bookmark
Ummi dan Ayahku keletihan...

puteri2 ayahbondaku bergambar di hadapan rumah...
Salah satu gambar kenangan di dalam rumah lama...
Gambar2 kenangan semasa perkahwinan kakakku...kat rumah yg tbkr.
Assalamualaikum....semua.

Baru tadi tel ummi...kedengaran suara ummi serak-serak basah,bila ditanya kenapa?
ummi cakap,"sebab cuaca tak menentu...kadang2 panas,kadang2 lembab..."

Tapi,ku tahu...sebenarnya ummi dan ayah tu dah keletihan...dah 4 hari berada dalam keadaan yang sedemikian rupa...sungguh daif...!!tidur pun mesti tak lena seperti sebelum2 ini,teringatkan segala harta benda yang semuanya musnah...

orang ramai pun berterusan datang...tak putus2...termasuk sedara maraku dari seberang(thailand)...semuanya hadir memberi semangat kepada keluarga kami...

Terima kasih pada semua

Semalam,adik2ku dah mula tidur di rumah yang dimaksudkkan ana pada post lepas...
Tapi ummi masih tidur dan berkampung dekat tapak rumah terbakar tu...Mungkin Ummi dan Ayah tak sanggup dan tak rela meninggalkan tapak rumah lama yang semestinya meninggalkan seribu satu kenangan...

Esok,akan datang satu jentolak dari MDPP....(Majlis Daerah Pasir Puteh),yang mana menurut ayahku...akan membersihkan tapak baru rumahku nanti...

Bermula disitu...Insya Allah...akan bermulalah hidup baru keluargaku....yang boleh dinamakan juga sebagai "Kehidupan Pasca 3 Jun 2008 Keluarga Hamzah Che Wil"...

Sekali lagi...ana nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat rakan2 sekeliling...di Mansurah ni....atas sokongan moral dan sokongan material...Sudah tentu tak terbalas jasa2 kalian...anda semua adalah sahabat2 yang bersahabat kerana Allah SWT...

Semoga Allah memberkati kita semua

sampai disini dulu....
jumpa lagi selepas ini...
wassalam....




Care to comment?


Friday, 6-Jun-2008 08:18 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar terbaru dari rumahku...

Bimillah...

Dibawah...ana upload gambar2 bekas rumah yang terbakar...
terima kasih kepada Dr Lutfan kerana mengupdate gambar2 ni dalam friendster miliknya...
untuk mengetahui siapa Dr Lutfan...boleh klik disini...

Dari pandangan sisi...


Ini je yang tinggal...bahagian bilik jahitan ummiku...


Yang pakai baju petak2 tu,adik ana...antara yang paling kuat menangis...


Dari pandangan belakang


Dari pandangan belakang


Pandangan depan


Dari pandangan sisi


Dari pandangan sisi,depan rumahku

sama2 kak ayu...
doakan..semoga semua slamat...
Sat 7-Jun-2008 02:41
Posted by:fattah
wah.sedihnye tgk... Mon 9-Jun-2008 11:42
Posted by:k.afifah  - [Link]
Salam takziah ye Fattah, moga bersabar dengan dugaan ini. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya... Mon 9-Jun-2008 15:08
Posted by:drkadir hizbullah_014@hotmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 6-Jun-2008 07:30 Email | Share | | Bookmark
Hari ni,ummi sekeluarga akan berpindah...

Assalamualaikum semua...

Setelah 3 hari menetap,menginap di bawah khemah...
di situlah bilik tidur,di situlah meja makan,disitulah ruang solat dan di situlah juga ruang tamu...
Sudah tentu amat menyeksakan...
Tambahan pula,ummi cakap...dah rasa tak tahan...sebab tadi ada hujan yang agak lebat lah jugak...
jadi air hujan tempias masuk ke dalam khemah...
basahlah...lembaplah...

Ya Allah...besar sungguh ujian ini...


Jadi ari nih,Jumaat 6 Jun 2008...kami sekeluarga akan berpindah ke rumah yang dimaksudkan ana dalam post yang lepas...
tapi masih belum mempunyai wayering...
sudah tentu amat menyulitkan...dengan rumah yang jauh kurang selesa...tanpa kehadiran peralatan2 letrik dan kemudahan2 lain...

Sungguh menyayukan hati...

Lebih2 lagi...ana kat mesir nih...duduk dalam keadaan yang paling selesa...macam dok kat hotel,katil 2 bijik...master bedroom satu,single bedroom satu...kemudahan kipas angin...kemudahan alat2 letrik lain...tandas yang lengkap dan hanya berjarak beberapa langkah sahaja dari bilikku...

Tapi keadaan adik beradikku di kampung jauh berbeza...!!!
Kurniakan mereka Ya Allah,hati2 yang cekal serta tabah untuk menghadapi ujian Mu ini...


Care to comment?


Thursday, 5-Jun-2008 16:03 Email | Share | | Bookmark
antara berita tentang kebakaran rumahku di dalam akhbar...

Bismillah....

Pada keesokan hari,selepas rumahku terbakar...telah keluar berita tentang kebakaran rumahku di dada akhbar...antaranya di dalam Berita Harian dan Sinar Harian...

Di bawah ini...ana petik ulasan yang keluar daripada Akhbar Berita Harian...

Quote:
Timur: Rumah hangus 8 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

PASIR PUTEH: Akibat terlupa hendak mematikan dapur gas yang digunakan untuk memanaskan gulai, lapan orang daripada satu keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Panggong, dekat sini, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, penghuni terbabit berkenaan tidak mengalami kecederaan kerana ketika kejadian, mereka tiada di rumah.

Hafsah Muda, 54, berkata sebelum kejadian, beliau memanaskan masakan gulai dan terlupa memadamkan kembali api dapur gas itu kerana hendak menghadiri majlis kenduri rumah saudaranya di Kota Bharu bersama suaminya, Hamzah Che Wil, 53, serta lima anak dan menantunya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, beliau meminta suaminya berpatah balik kerana berasa tidak sedap hati dan apabila tiba di rumah, api sudah marak.

“Beberapa peralatan elektrik termasuk senaskhah al-Quran berjaya dikeluarkan dari rumah yang terbakar, manakala enam mesin jahit bernilai RM24,000 yang dibeli hasil penat lelah kerja mengambil upah menjahit pakaian sejak 20 tahun lalu musnah sama sekali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Hamzah berkata, beliau tahu isterinya memanaskan gulai di dapur tetapi terlupa mengenainya apabila semua sudah bersiap sedia hendak ke tempat kenduri.

"Saya hairan mengapa isteri tiba-tiba meminta supaya berpatah balik sedangkan sudah hampir sampai ke tempat kenduri. Tiba-tiba saya sedar bahawa Hafsah terlupa mematikan dapur ketika memanaskan gulai.

"Bagaimanapun, saya reda dengan takdir Tuhan dan bersyukur kerana kami sekeluarga selamat daripada bencana itu," katanya.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Kaharuddin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota.

Katanya, sebaik tiba, didapati api marak dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran terbabit dalam masa 10 minit.

"Jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan tetapi dianggarkan kira-kira RM60,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


kkk...sampai sini dulu...
semoga Allah memberkati kita semua...
wassalam...

salam. sorry nak komen lagi. Betul ape yg saudara eqal cakap tu, skrg ni ko jgn fkir sangat. tumpukan kepada exams ni. InsyaALLAH berkat usaha ko ALLAH ganjarkan dengan kejayaan/kebahagiaan pula. kan hidup kita ni macam roda. Famili ko mesti happy punya. Doa byk-byk, solat hajat dan solat istikharah.

Dan sekali lagi kalau perlu bantuan apa-apa kami sedia membantu, skrg ni tabung derma kilat untuk bantu ko dh diedarkan. Alhamdullilah, semua bagi sokongan. budak-budak Manchester pun semua dermawan dan nak bantu ko, Fattah. Jgn segan-segan dgn kami ye.

Allahu ma'i Allahu nazirun illayya, wa Allahu syahidi~
Fri 6-Jun-2008 12:13
Posted by:apis pojie
salam fattah, semoga nta tabah dalam menghadapi dugaan Allah Ta'la, Sebenarnya ujian menandakan Allah sangat hampir dan sayang pada hamba-Nya, Jika nta menghadapi masalah ape2 , jngan segan2 bgtau ana. Salam perjuangan..
go head for our next exam, dont give sahabat....Walaupun yang terjadi kita tetap bersama..Ukhuwah Fiillah
Sat 7-Jun-2008 05:49
Posted by:muhammad hanif mahamud
to apis pojie dan muhammad hanif...

terima kasih atas comment anda yg pnjanglebar tu...
tu semua akan membangkitkan kembali semangatku...
terima kasih untuk smua kwan2...
smoga Allah membalas jasa kalian...

wassalam..
Sat 7-Jun-2008 09:21
Posted by:fattah
View all 8 comments Add comment


Thursday, 5-Jun-2008 11:12 Email | Share | | Bookmark
Mungkin akan bina rumah baru ditapak lain...

Assalamualaikum....

Hati ini betul2 lega dan sekarang dah boleh menarik nafas panjang...
Ana baru sahaja lepas bercakap ngan ummi di kampung...

Bila dengar suara ummi hari ni,yang semakin ceria...
hati mana yang tak rasa gembira...sekurang2nya rasa rungsing tentang keluarga di kampung lenyap seketika...

Mengikut kata ummi...sekarang,semua mak2 sedara datang...dari kb dah memang berkampung lama dah...yang dari Kuala Lumpur baru sampai membawa pulang sama adik kembarku...

Alhamdulillah...

Malam ni...mereka masih tidur dalam khemah kawin tu...
ummi cakap tak selesa la...kalau hujan ada tempias...kalau tak guna kelambu,digigit nyamuk..
jadi,penyelesaiannya...ummi sekeluarga akan pindah ke rumah kosong yang berkedududkan lebih kurang 100 meter dari bekas tapak rumah yang terbakar tu...

rumah tu memang dah lama tak didiami sesiapa...jadi buat sementara ni...keluargaku akan menginap disitu buat sementara waktu...

Rumah baru katanya akan dibina kat tepi rumah yang ummi akan duduk tu...jadi,jauhlah dari tapak rumah yang terbakar tu...kat tapak yang akan dibina nanti...berhadapan dengan jalan raya...bukan macam dulu lagi...jauh masuk ke dalam...di tengah2 kebun getah...

Alhamdulillah sahaja aku panjatkan segalanya pada Allah swt...
kerana memberi semangat kental buat keluarga2ku di kampung...

ok sampai disini sahaja kali ni...
jumpa lagi selepas ini...dengan lebih berita dari kampung...

wassalam...

p/s:hati dah tenang sikit...

Care to comment?


Wednesday, 4-Jun-2008 15:05 Email | Share | | Bookmark
Malam ni,keluargku masih bermalam didalam khemah...

bismillah....

Malam ni..masuk malam yang kedua keluargaku bermalam dibawah khemah kenduri kawin tu...
perasaan sedih menusuk kalbu bila teringatkan keadaan meraka semua...
keadaan yang sememangnya agak payah bagi kami sekeluarga untuk menghadapinya...
tapi,wahai ahli keluargaku..kena ingat ini semua ujian Allah yang Maha Hebat....kita terpaksa laluinya...ALLAH akan ganjarkan dengan pahala berlipat ganda bagi orang2 yang bersabar dan bertaqwa....

Sememangnya....keluargaku dikampung idup sehelai sepinggan sekarang...
Mari kita semua doakan agar mereka semua tabah menghadapinya...

kkk..sampai sini dulu...
ana akan terus membuat liputan2 terkini semutakhir mungkin..
wassalam...

p/s:skarang tepon umah...2 kali sehari...pagi dan petang..

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.