fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-Aug-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
Puisi khas Buat Abe Nan yang disayangi...


Masa-masa berlalu…
Ku berlari meninggalkan waktu…
Mengejar impian yang sudah tentu…
Demi masa depan yang cerah dan jitu…

Tiba-tiba…
Di dalam perjalanan itu…
Ku bertemu denganmu…
Kehidupanku terasa indah dan padu…
Semua lengkap dan tepu…

Hari-hari berlalu…
Hubungan kita semakin bersatu…
Bersatu menjadi satu…
Semua orang tahu…
Tentang hubungan kita itu…
Kita bagaikan Isi dan Kuku…


Bila ku menyedari hakikat itu…
Ku cuba menjaga dan mengekalkan hubungan itu…
Agar ia tidak terputus dikerat sesuatu…
Biarlah ia berusia dimamah waktu…


Selepas itu…
Setiap pertemuan diisi dengan sesuatu…
Tiada masa dibiarkan rugi berlalu…
Ilmu dan pengalaman diperturunkan kepadaku…
Semoga ku dapat mencontohi mu…
Ku optimis menjadikan dirimu Idolaku…

Kini…
Saat perpisahan tiba di sisi…
Perasaan sedih menyelubungi diri…
Doa dan harapan pada Ilahi…
Agar kita ketemu kembali…
Tidak disini,disana nanti…


Tidak dapat dinilai harga persahabatan ini…
Kerana persahabatan atas redhai Ilahi…
Seperti yang nabi kita kehendaki…
Ku amat mensyukuri…
Ku amat beruntung atas nikmat Allah ini…


Kususun sepuluh jari…
Mohon kemaafan selama mana kita saling mengenali…
Agar senang bila diakhirat nanti…
Jutaan terima kasih padamu kuhuluri…
Budi dan Jasamu ku semati dalam hati sampai ku mati…



fattahhamzah
6 ogos 2008
Al-gawazat qismu mansurah


Idolaku...


Friday, 8-Aug-2008 11:24 Email | Share | | Bookmark
Nak balik Malaysia dah...



Esok menjelangnya hari yang ana rasa gembira sekali...9 ogos 2008
kenape taknya,besok ana akan pulang ke pangkuan keluarga...
setelah hampir setahun berpisah...

Selepas ini suka duka keluarga di kampung akan turut dirasai bersama...
Duka kerana keluarga sekarang hidup dengan penuh kesderhanaan...
InsyaAllah...dengan kembali nya ana ke kampung...akan mengurangkan sedikit beban yang ditanggung...
Mudah2han AyahBonda akan merasa ringan sedikit akan beban yang ditanggung...

Ana akan bertolak dari Mansurah ni pagi esok...(sabtu)
Dan akan berlepas pulang ke Malaysia lebuh kurang jam 3 petang...
Naik penerbangan jenama GULF AIR...
Akan transit di Bahrin selama 2 jam lebih kurang...
lepas tu akan berlepas pulang ke KLIA...Ke negara asal usulku...Malaysia.


Terima kasih buat sahabat2 seperjuangan yang menyumbangkan tiket balik ni...
tak lupa gak buat keluarga di kampung yang turut menghulurkan banyak wang buat bekal kembali ke kampung...
terima kasih segalanya...

Ana akan kembali ke Mesir ni InsyaAllah pada 4 November nanti...

Bila balik nanti...mane2 insan yang nak hubungi ana boleh lah contanct no hp ni...013-3624965
ni no hp mak ana...jadi kalau nak sms ke ape ke...kena bagi tahu nama la...heheheh...

kkk..sampai sini dulu...


inilah dia Gulf Air yang akan ku jejaki...




Friday, 8-Aug-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
Tetamu dari Kaherah...

Tetamu dari Kaherah...

Malam kelmarin...kami menerima tetamu dari kaherah...
ketua rombongan ialah Ustaz Kamal...
Yang menjadi driver yang setia ialah Ustaz Dee...
bersama dengan 3 konco2 KPKM yang amat berjasa...
Konco2 KPKM yang dimaksudkan ialah Ustaz Qaseem,Ustaz Sataar dan Ustaz Munir...

Kami berusaha melayan semampu kudrat kami...
setibanya mereka di Rumah Saudara Abu Bakar...
mereka dihidangkan makan malam yang sungguh istimewa disediakan khas oleh Saudara Abu bakar...
Kami makan dengan penuh selera...
Sambil berborak2 dan usik mengusik...

Selepas itu,tetamu fasa kedua tiba...
mereka yang dimaksudkan ialah Ustaz Mad,Pok Jak dan Saudara Muaz...
maka semakin gegak gumpita rumah bakar dibuatnya...
masing2 menyakat satu sama lain...
tak kurang pula yang buat lawak antarabangsa...
Hilai tawa bergema di Rumah Abu Bakar yang cute itu...

Sebenarnya,kehadiran rombongan dari Kaherah ini adalah untuk menghantar salinan tiketku...
tengok,betapa bagusnya Ustaz2 kita!!!
sangup datang dari kejauhan semata2 untuk menghantar 2 helai kertas tiket yang mana hanya boleh saja dihantar melalui email jikalau mahu...
tapi,atas dasar ukhuwah...mereka bermusafir beratus2 kilometer hanya kerana Allah taala...


Selesai semua makan2...mereka relaks sekejap...seolah2 tidak mahu berganjak dari rumah Abu Bakar...
ini kerana hati mereka berat untuk meninggalkan bumi Mansurah ni...
untuk pengetahuan semua,Ustaz Dee dan Ustaz Munir akan kembali ke Malaysia dan mungkin tidak akan kembali lagi ke sini...Ustaz Munir akan melanjutkan pelajaran ke Madinah.
Jadi,ini kali terakhir kiranya mereka datang ke Mansurah...
sedih2...


Lebih kurang jam 12 malam barulah mereka mula bergerak untuk kembali ke kaherah...


Ana mewakili kawan2 di sini mahu mengucapkan ribuan terima kasih pada tetamu2 yang datang pada malam tersebut...
segala kekurangan atas layanan kami amat2 dikesali...
semoga kita dapat berjumpa lagi...
memang adat pertemuan ada perpisahan...
wat Ustaz Dee,terima kasih banyak2 kerana menguruskan tiket kepulangan ana ke Malaysia...

ok...
sampai sini dulu wat kali ini..
sekian wassalam..


Friday, 8-Aug-2008 08:23 Email | Share | | Bookmark
Rumah baru

Suasana bilik baru kami...
Pindah rumah...

Selepas setahun kami bermukim di Blok A6...BaitTaQwa.kami merancang untuk berpindah.Segala persiapan ringan dilakukan.kami sebenarnya terpaksa keluar dari rumah tersebut pada 31 julai lalu.Walaupun pada masa tersebut,kami masih belum mendapat ganti rumah baru kami.kami mengambil keputusan untuk menumpang dimana2 rumah yang sanggup menerima kami sementara kami masuk kerumah baru.


Saat perpindahan ini amat menyeksakan...pelbagai masalah perlu dihadapi dengan tabah.dengan kerenah arabnya,dengan kerenah diri sendirinya...hehehehe.malas,malu,segan dan macam2 lagi.



Jumpa rumah...

Alhamdulillah...tidak sampai seminggu kami menumpang di rumah kawan2.Sebuah rumah telah menrik perhatian kami.kami membuat keputusan untuk mengambil rumah tersebut sebgai kediaman baru kami untuk setahun mendatang.
rumah tersebut mempunyai 4 bilik dan berharga kira2 LE 1000 sebulan.Mahalkan kalau nak dibandingkan dengan rumah2 di Malaysia.


Rumahku betul2 di pucuk pokok itu...



Cuci rumah...

Sebelum menduduki rumah baru...kami terpaksa membuat kerja2 pembersihan dahulu.Dahulunya,bukan kami yang sepatutnya membuat kerja2 seperti itu kerana tuan rumah telah berjanji akan menguruskannya.Tapi,bila difikirkan kembali,amat payah untuk mengharapkan mereka melakukannya.Jadi,kami bertiga...Anieq,Shamell dan ana sendiri mengambil keputusan untuk berkerja sendiri.

3 hari berlalu,banyak masa dihabiskan dengan membersihkan rumah tersebut.Bilik air yang dahulunya nampak amat teruk,kini dah bersinar2.Hatta mangkuk tandas dah berubah wajah.seolah2 ditukar baru.Syukur Alhamdulillah atas segala hidayah dan petunjuk dari Nya,kami dapat menduduki rumah ini.
Dapur pula sekarang sudah betul2 bersih...
Terima kasih yang teramat dihulurkan pada mereka berdua(anieq dan shamell) atas komitmen yang jitu membersihkan semua itu.Sekarang rumah itu kembali ada rupa.kami optimis,bila baba rumah kami melihat perubahan drastik ini.Akan terjentik sedikit hati2 mereka...mudah2han mereka semakin memahami,siapa itu MAALIZI!!!


Anieq yang tekun bekerja





Friday, 8-Aug-2008 08:17 Email | Share | | Bookmark
SPEKTRUM II'08

ustazah2 yang turut hadir pada majlis meraikan kejayaan
hidangan yang sungguh istimewa
SPEKTRUM II'08

Seperti diwawarkan,SPEKTRUM II'08 ini adalah rentetan kejayaan SPEKTRUM I'07.Program kerjasama antara KPKM dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ana dilantik menjadi AJK bagi Eksekutif Cenderamata...tugas ana ialah menyediakan hadiah bagi seluruh program yang dianjurkan,selain itu,kami juga diberi tanggungjawab untuk meyediakan gerai2 jualan di lokasi program.


Lebih kurang 2 minggu kami berkerja keras demi melancarkan segala gerak kerja yang telah diamanahkan kepada kami.Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar.

Banyak pengalaman baru yang ana dapat selepas menjadi salah seorang AJK bagi program besar seperti ini.Pengalaman yang mahal ana kira.

Kami berkerja bersama2 antara ustaz dan doktor,ustaz dan ustazah.gabungan mantap.Selesai program SPEKTRUM II'08 berlangsung.kami mendapati,sedikit keuntungan kami telah perolehi.kami telah membuat keputusan untuk meraikan kejayaan kami tersebut dengan mengadakan sedikit jamuan makan.

Kami memilih restoren nil sebagai tempat kami menjamu selera.majis ringkas sempena kejayaan ini dirancangkan oleh kami bersama.kami telah menjemput ex-officio kami,iaitu ustaz Hamdan merangkap exco kmpkm.beliau memberikan sedikit ucapan yang bermakna kepada kami.Alhamdulillah...jamuan ini menandakan berakhirnya segala kerja yang telah kami lakukan selama ini...sebagai hadiah kepada semua ajk yang bertugas.

ana rasa berbesar hati kerana dapat menyumbang tenaga dan keringat kepada KPKM dan kerajaan negeri kelantan umumnya.

Sebagai akhir kalam...sekalung tahniah buat rakan2 penggerak SPEKTRUMII'08.kerana andalah semua program berjalan lancar.Buat pengarah program khususnya,Jutaan tahniah atas kebolehan anda menyusun atur program yang sungguh bermanfaat ini.


Meraikan kejayaan Eksekutif Cenderahati...


Kenang2ngan untuk ex-officio untuk Ustaz Hamdan...


Anieq bersama anak2 buahnya dalam satu perjumpaan:-D



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net