Want your
own Fotopage?






 
fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jun-2008 16:03 Email | Share | Bookmark
antara berita tentang kebakaran rumahku di dalam akhbar...

Bismillah....

Pada keesokan hari,selepas rumahku terbakar...telah keluar berita tentang kebakaran rumahku di dada akhbar...antaranya di dalam Berita Harian dan Sinar Harian...

Di bawah ini...ana petik ulasan yang keluar daripada Akhbar Berita Harian...

Quote:
Timur: Rumah hangus 8 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

PASIR PUTEH: Akibat terlupa hendak mematikan dapur gas yang digunakan untuk memanaskan gulai, lapan orang daripada satu keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Panggong, dekat sini, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, penghuni terbabit berkenaan tidak mengalami kecederaan kerana ketika kejadian, mereka tiada di rumah.

Hafsah Muda, 54, berkata sebelum kejadian, beliau memanaskan masakan gulai dan terlupa memadamkan kembali api dapur gas itu kerana hendak menghadiri majlis kenduri rumah saudaranya di Kota Bharu bersama suaminya, Hamzah Che Wil, 53, serta lima anak dan menantunya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, beliau meminta suaminya berpatah balik kerana berasa tidak sedap hati dan apabila tiba di rumah, api sudah marak.

“Beberapa peralatan elektrik termasuk senaskhah al-Quran berjaya dikeluarkan dari rumah yang terbakar, manakala enam mesin jahit bernilai RM24,000 yang dibeli hasil penat lelah kerja mengambil upah menjahit pakaian sejak 20 tahun lalu musnah sama sekali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Hamzah berkata, beliau tahu isterinya memanaskan gulai di dapur tetapi terlupa mengenainya apabila semua sudah bersiap sedia hendak ke tempat kenduri.

"Saya hairan mengapa isteri tiba-tiba meminta supaya berpatah balik sedangkan sudah hampir sampai ke tempat kenduri. Tiba-tiba saya sedar bahawa Hafsah terlupa mematikan dapur ketika memanaskan gulai.

"Bagaimanapun, saya reda dengan takdir Tuhan dan bersyukur kerana kami sekeluarga selamat daripada bencana itu," katanya.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Kaharuddin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota.

Katanya, sebaik tiba, didapati api marak dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran terbabit dalam masa 10 minit.

"Jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan tetapi dianggarkan kira-kira RM60,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


kkk...sampai sini dulu...
semoga Allah memberkati kita semua...
wassalam...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net