View complete fotopage
|
|
| Saturday, 14-Feb-2009 14:39 |
Email | Share | Bookmark |
|
Le Tour de SINAI bersama ahli bait...SIRI 1
|
 |
|
satu lekukan betul-betul di atas kepala ana...lihat betul-betul.
|
|
|
 |
|
d Makam Nabi Salleh a.s
|
|
 |
|
d FOX CAMP,tmpt prsinggahan sblum mendaki
|
|
 |
|
..ssseeejjjukk...
|
|
|
 |
|
gereja d atas puncak Tursina
|
|
 |
|
d kubu peninggalan israel
|
|
 |
|
ini meriam betul..hohoh
|
|
|
 |
|
dlm terowong bwh tanah kubu peninggalan israel
|
|
|
 |
|
bersama Dr Abu Bakar
|
|
|
assalamualaikum semua...
Dua minggu 'winter break' tahun ni amat menarik dan begitu bermakna sekali buat ana dan seluruh ahli bait.
mana tidaknya,kami semua menghabiskan masa dengan melancong ke SINAI dan DAHAB.
pengalaman melancong selama tiga hari empat malam begitu mengujakan.
InsyaAllah,kenangan manis bersama-sama ahli bait akan terpahat diminda ana buat selamanya...
Kami berempat...(ana,aniq,ikhwan dan shamell) mengikuti rombongan anjuran DPMM dan PCM.
dua buah bas diperlukan untuk mengangkut 100 peserta termasuk ajk.
yang menariknya,rombongan kali ini disertai 2 ikon popular tanah air.iaitu Ustaz Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al-Quran musim pertama) dan Ustaz Bazli UNIC. Ustaz Abdullah Fahmi sebenarnya masih dalam tempoh 'honeymoon' bersama isteri tersayang.sungguh beruntung ana.hehehe
Perjalanan bermula 2 feb lalu.bertolak dari mansurah pukul 12 tengah malam.perjalanan memakan masa selama tujuh jam..kami singgah solat subuh di SUEZ,sebelum meneruskan perjalanan ke timur mesir dengan merentasi TERUSAN SUEZ melalui TEROWONG AS-SHAHID SHEIKH AHMAD HAMIDI. Terowong ini sebenarnya terletak dibawah paras laut.
TERUSAN SUEZ pula merupakan antara terusan yang paling sibuk sekali di dunia kerana menjadi laluan utama kapal perdagangan dari timur dan barat..destinasi pertama kami adalah di BEKAS KUBU PENINGGALAN ISRAEL.masih banyak artifak-artifak tinggalan askar israel Laknatullah sewaktu berperang dengan negara Mesir yang masih dapat ditonton.termasuk satu paste ubat gigi!! hoho.
Selepas itu,kami bergerak ke UYUN MUSA.di sini,kami dapat melihat beberapa telaga yang dipercayai ada kaitan dengan NABI MUSA a.s.Dipercayai kesemua 12 buah telaga adalah mewakili 12 kaum yang mengikut ajaran NABI MUSA a.s..namun sehingga kini hanya beberapa telaga sahaja yang masih dapat dilihat..yang lain semuanya hanya tenggelam menjadi lipatan sejarah...
Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke SINAI.dalam perjalanan tersebut,pihak urusetia membuat dua persinggahan.persinggahan pertama di HAMMAM FIRAUN ('tandas firaun').di sini terdapat satu gua batu yang mengeluarkan hawa panas.macam kolam air panas kat malaysia.tapi di sini ada wap.bila kita masuk dalam gua tu,kiranya macam kita masuk dalam OVEN la.ala2 sauna tp lebih panas dan berwap!!heheheh...ana tak melepaskan peluang merasai kehangatan haba dalam gua tersebut.rasa insaf menyelubungi diri.gelap gulita bercampur panas seluruh badan.teringat akan HARI PEMBALASAN!!!.
persinggahan kedua...kami berhenti makan tengahari di WADI FEIRAN.makan tengahari berlaukkan ikan bakar.sllrrppppp....
lebih kurang waktu asar,kami tiba di bandar SINAI.terkejut dengan kebersihan bandar SINAI.boleh mengalahkan bandar MANSURAH.huhuhu.maklumlah tempat pelancongan,jadi ada penjagaan sikit oleh pihak berkuasa tempatan.
tanpa melengahkan masa,kami yang belum hilang letih dilambung bas,dikerah memanjat batu-batu bukit.urusetia memberitahu,kami akan menuju ke WADI ARBA'IEN dan MATA AIR 12. Mata air 12 ni adalah sebuah batu besar yang mempunyai 12 lekukan kecil..diriwayatkan bahawa lekukan2 kecil itu adalah mukjizat baginda yang mana dari setiapnya keluar 12 mata air untuk 12 kaum NABI MUSA a.s.
Firman ALLAH S.W.T dari AL-QURAN yang bermaksud "and (remember) when Moses asked for water for his people,WE said: "Strike the stone with your stick." Then gushed forth therefrom twelve springs. Each (group of) people knew its own place for water. "Eat and drink of that which ALLAH has provided and do not act corruptly,making mischief on the earth." (SURAH AL-BAQARAH;60)
selepas mengunjungi dua tempat terbabit.kami pulang menuju tempat penginapan sementara.
Fox Camp menjadi pilihan pihak urusetia.kami dibenarkan berehat selama beberapa jam sebelum dikejutkan kembali jam 11 malam.kami dihidangkan makan malam sebagai pengalas perut.tenaga perlu dijanakan kepada badan kami agar dapat menawan puncak SINAI pada tengah malam nanti.
lebih kurang jam 1 pagi.langkah pertama pendakian menuju puncak SINAI bermula.kami bermula dengan penuh semangat.masing-masing melangkah gagah.tiada sebarang keluhan.aniq,shamell dan ikhwan begitu bersedia menawan sinai malam itu.
setelah beberapa jam pendakian.tenaga dalaman makin berkurangan.banyak batu-batu besar menjadi sasaran untuk kami melabuhkan papan punggung.lorong-lorong berbatu makin sempit dan sukar.sudut kecuraman gunung bertambah.bateri makin low!!!.Ikhwan mengambil keputusan bijak,menyewa belakang UNTA!.duit melayang sudah tidak difikirkan lagi.yang penting,kami tiba dipuncak SINAI.
Di puncak,kelihatan semua peserta agak terseksa.nampak dari setiap riak wajah mereka,merah padam,bibir merekah kekeringan menjadi aksesori tambahan.getaran badan makin tinggi frekuensinya berfungsi untuk mengurangkan rasa sejuk.angin bertiup kencang melengkapkan lagi penderitaan.
fajar menyinsing,solat subuh berjemaah didirikan.usai solat,peserta dapat menikmati keindahan matahari terbit dari ufuk timur.sangat indah dan terpesona.setiap saat amat berharga pada ketika itu.pergerakan matahari jelas dan pantas dirasai.kami diam seribu bahasa...SubhanaAllah.
dan Alhadulillah, disitu juga kami sempat berdoa di tempat bermunajat Nabi Musa a.s..bentuknya kecil,berpetak dan mempunyai binaan seperti petunjuk qiblat dan terletak dibawah bangunan masjid,ala-ala underground,tapi still di puncak gunung.. ceritanya, disini,baginda telah bermunajat terus kepada ALLAH S.W.T dan di dalam AL-QURAN sendiri ALLAH berfirman, DIA menyuruh Nabi Musa membuka sepatu beliau jika ingin turun bermunajat di tempat itu, kerana tempat itu adalah tempat yang SUCI..(lebih kurang la ayat dia sebab ana sendiri pun tak ingin kat Surah apa..ada pembaca yang ingat??)
sekitar setengah jam berikutnya.kami mula menyusun langkah menuruni gunung SINAI.jalan turun lebih mengerikan.kiri kanan dihiasi curang yang teramat dalam.langkah-langkah kaki disusun penuh cermat.
dalam perjalanan,kami menempuhi perkampungan kaum nabi Ilyas.beberapa minit masa diperuntukkan untuk bergambar kenang-kenangan.senyuman di bibir makin tawar.rasa penat merajai setiap peserta.
namun dalam penat,kami tetap juga berhenti untuk menziarahi makam NABI ALLAH HARUN a.s dan bergambar kenang-kenangan di "Batu Besar Lembu Samiri"..bagi kami,setiap detik adalah amat bermakna,tidak mungkin kami akan sia-siakannya..
menjelang tengahhari,kami bertolak menuju ke DAHAB.tempat pelancongan tepi pantai menanti ketibaan rombongan kami.semua tertidur nyenyak dalam perjalanan.sunyi sepi bas dibuatnya.
p/s:terima kasih kepada Dr Aniq kerana membantu ana menjadi editor dalam proses ENTRY kali ini.banyak kesalahan tulisan ana diperbetulkan.
nantikan Le Tour de Sinai SIRI 2...hehehe
Peta Suez dan Semenanjung Sinai
shamel,bern,ustaz ibnu,ustaz bazli,ikhwan dan aniq...
sekadar brgambar dengan barang-barang tingggalan tentera Israell..hehehe
dalam parit yang dibina tentera israell...
inilah rupanya UYUN MUSA kawan-kawan...
panasnya..HAMMAM FIRA'UN...
bendera Malaysia di HAMMAM FIR'AUN
berlatar belakang WADI ARBA'IN...
di puncak gunung SINAI...
gereja di atas puncak Tursina...
tempat munajat Nabi Musa a.s... harap2 doa kami dimakbulkan..huhuhu..
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|