Want your
own Fotopage?









 
fattah's FotoPage

By: fattah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Feb-2009 15:38 Email | Share | Bookmark
Siri 2...Le Tour de SINAI.

 
 
siri 2...

kami tiba di DAHAB lebih kurang jam 2 petang.Alhamdulillah,kami semua dah kembali segar dan bertenaga.nak buat macam mana,sepanjang perjalanan,kami tak celik pun mata.pejam rapat hingga sampai di Octopus Divers Resort,memang rehat habis la maknanya.

Dahab ni lebih kurang Pulau Perhentian la kalau di Malaysia.terkenal dengan batu karang yang indah.hidupan marin bermacam jenis.cantik sungguh bila melihatnya.jadi,snorkeling dan scuba diving menjadi aktiviti utama pelancong ke Dahab.

kami bermukim di Dahab selama sehari semalam.ana dan ahli bait menyusun rancangan dengan sebaiknya.sebelum siang melabuhkan tirai,kami mengambil peluang bersiar-siar di sekitar pinggir pantai dan lorong-lorong gerai cenderamata.terkejut bila terpandang botol-botol arak bergelimpangan di atas pasir pantai.kedai arak berada di mana-mana.aduh!!!.

petang tu,ana sempat membeli sedikit cenderamata kenang-kenangan sempena kunjungan ana ke Dahab.sweter dan sandal menjadi pilihan.tapi yang nak marahnya,kena tipuuu!!!

bila malam menjelma,kami bersetuju untuk merasai makanan Seafood di sini.kami bergerak menuju Ali Baba's Restoran.suasana restoran amat menarik.bersih dan selesa.dua tiga kelompok mat saleh kelihatan.arab-arab tempatan pun ada.layanan mesra oleh pekerja restoren ini memuaskan.

makanan sampai di meja selepas beberapa lama membuat 'order'.terkejut dengan persembahan hidangan.meletop abes!!.setiap pinggan ada lilin.kreatif betul la arab ni.kami,dengan tanpa berlegah terus menjamah hidangan masing-masing.malam tu,ana makan 'Pasta Seafood'.sungguh menyelerakan.ana orang yang paling terakhir menghabiskan makanan.macam biasalah...hehehe

keesokan pagi,kami berempat bersiap-siap untuk aktiviti snorkeling.ana sangat 'ghairah' menunggu
detik ini.maklumlah,pertama kali dalam hidup nak snorkeling.teruja!.

selepas beberapa proses awal dilalui.kami terus bergerak ke tempat snorkeling.tempatnya pinggir pantai sahaja.tapi,kena naik chevrolet sebab venue beberapa kilometer jaraknya dari Resort.

tanpa membuang masa,kami semua turun ke laut.ana terus jatuh cinta dengan keindahan panorama habitat batu karang.beberapa ekor ikan kecil berenang-renang anak kelihatan.bila dihulur tangan,terus tersipu-sipu malu dan bersembunyi di sebalik batu karang.landak laut juga ada.rumpai laut tumbuh meliar.ikan yang ganjil dan bercorak menarik pada badannya begitu banyak. bermacam-macam spesis dapat dikesan.

sungguh kagum dengan ciptaan Allah SWT...

ana naik ke pinggir pantai selepas hampir sejam berendam dalam air masin.masih rasa tak puas.tapi terpaksa,sebab dah abes masa.dah nak balik ke Mansurah.

kembali terus ke resort dan berkemas untuk bertolak pulang.

dalam perjalanan pulang.rombongan singgah di Kubu Salahuddin.kemudian ke bandar TOBA.salah satu pintu masuk utama ke Israel melalui Mesir.di situ,kita dapat lihat bendera negara Israel berkibar-kibar di tanah umat islam yang dicuri.bandar sebelah israel ialah EILAT.kawan-kawan boleh 'search' internet untuk tahu lebih lanjut tentang bandar ini.



di DAHAB...


di Resort di DAHAB...


nak pergi snorkelling..


aniq...mencuba peralatan snorkelling...


mencuba seafood di DAHAB...

waaa sonotnya g snorkel...

tp nape aniq cam terbang-baru lepas kena tumbuk??
Mon 23-Feb-2009 06:44
Posted by:Saaa~  - [Link]
BESTNYER KORANG JENJALAN... Tue 3-Mar-2009 06:55
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
bila nk blk dr sinai neh,lamanye lepak kt sinai..hehe Fri 17-Apr-2009 02:46
Posted by:abiQ


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.